Tuesday, March 22

kurang mengerti dengan sesetengah manusia....

sedang mencari pasti...
merenung fantasi....
meledak ilusi....
menggenggam bahang api...
menarik emosi....
bungkamkan setiap nafsi...

mengapa dan mengapa???
kenapa terlalu memandang sifar??
adakah diri sudah pahlawan?
musykil dan keliru....

aku seperti bayi menangis...
mengerti sepatah kata pun tidak sama sekali...
melakukannya apatah lagi....
aku mencari erti 'batuan' di benak kusut nadiku....
dimanakah ia???
bila akan muncul??
kapan bisa datang??
menunngu tak menanti....

jasadku samar-samar sama sekali.....
jelas tidak mengerti...
sesetengah yang endah tidak bertepi....
egois menghantui...
terhadap insan baru seperti kami...

aku butuh siapa??
keseorangan yang terkial-kial menerpa hala...
hala apa??? aku jua belum mengetahui....
piluku tidak keruan...
tangisku berderai sayu...
jiwaku dek hentaman sembilu....

adilkah pada diri ini???
terlalu payah untuk membantu???
imaginasiku melayamg merungkai realiti...

angkuhmu tidak kemana...
kedhaifan diri ini merabunimu....
melindungkan awan yang putih...

salahkah aku? 
aku benar2 lemah....
terkesan buntu yang mendalami....
setiap inci jasad ini....
mencari impak, puncak,
ohh, dimanakah ia??
adakah dengan bersendiri lagi?
mungkin.... sampai bila??
Allah maha mengetahui....

Sunday, March 20

pemerhati untuk 2011...

Ihtifal sukan kali ke-12...


Jangkaan yang meleset… sangkakan takkan pernah join ihtifal kali ni.. tapi dek kerana rindukan adik2 netball aku kuatkan jua langkah ke sana…lokasi untuk tahun ni di SMAPR…




Tahun ni tidak seperti tahun lepas… semakin kurang pemain yang berprestasi tinggi… namun, aku tetap yakin dengan player under18… mereka ramai yang senior…

Game demi game beraksi akhirnya melayakkan mereka menjuarai kumpulan B…separuh akhir bertemu SMAKJ… namun tewas! Huh! Sekolah yang sememangnya mempunyai skill dan permainan yang cantik, baik dan kemas…sangat bebeza dengan MP… di situ kelemahan mereka apabila cepat melatah tatkala mata 4 atau 5 mendahului mereka… terus down!.. Nampak seperti layang-layang putus tali… sudah berputus asa sama sekali…. Aku gagahkan jiwaku memerhati rentak permainan mereka… dan aku sangat percaya mereka bisa menyamakan kedudukan tapi….. mengaku kalah adalah utama yang menghantui naluri mereka tika itu…. It’s okay… ! semampunya mereka telah pertaruhkan… aku hargai usaha dan kerjasama yang diberikan walaupun sememangnya latihan yang kurang mencukupi untuk berentap di medan pertempuran ini…
Alhamdulillah… allah memberi  kesempatan untuk mereka menggapai kemenangan yang lain… MP layak untuk pertempuran seterusnya…melayakkan untuk tempat ke-3 dan ke-4….untuk game akhir ini bertemu dengan pasukan MJ…dan pingat gangsa milik mereka akhirnya… Alhamdulillah…

Coretan sedikit berkenaan team netball maahad pontian… dan ingin aku kongsikan koleksi gambar2 sewaktu ihtifal sukan berlansung….












pasukan VTMP yang menjuarai untuk kali ke-3 berturut2....







Wednesday, March 2

29 february 2011?? ade ker??



terkenang aku akan peristiwa pada tahun 2008....
sungguh tidak ku duga....
kadang terpana seketika...
terkedu sementara....
terkejut tak yah cakap laa...

memang aku sangat happy tahap maksimum c0z x pernah ade party sekejut itu...
sangat berharga... sangat membahagiakan...
2 orang yang bikin surprise kepadaku...
firstly, mestilah membe ku yang tercinta...
secondly, cikgu yusnita....
guru penasihat bola jaring......

present aku memang banyak dan besar2...
tQ so much la kat dorang...
besh sangat2... xtipu...

untuk tahun nie (28/2) ala kadar sahaja....
aku x kesah pon... 
alhamdulillah Allah masih mengurniakan aku nyawa
untuk teruskan hidup menjadi khalifah di bumi ini....
terima kasih ya Allah....

tapi aku agak kehairanan dengan tarikh ini...
hehe.. kat facebook siap beratus2 orang wish...
padahal xde pon kat dalam kalender tahun nie...
memang majoriti aku xkenal dorang sumer nie...
wat2 kenal jee...
 agy 1.. aku dapat free call 3 mac...
huhu... ingat x dapat cam selalu budak2 nie dapat...
hahaha... sayang jugak maxis kat aku... poyo je...
hohoho....

alkisah sedikit coretan buat diriku...
thanks to all of you....
semoga Allah memberkati usia kalian juga...(aku jugak)
insyaAllah......


Saturday, February 26

sayang seribu kali sayang....


""bila kusedari diri disayangi , langkah kaki ini semakin berani...""
""bila ku keliru ku ucap namamu, terasa diriku kembali di pandu...""

heh3... teringat kat lagu lama.. 

aku begitu yakin terlalu banyak kekurangan diri yang di sewa ilahi ini... tidakku pula menafikan pelbagai kedhaifan yang tersimpan di jasadku...
tetapi aku bersyukur punya insan yang menyayangiku seikhlas hati, sepenuh jiwa...
terima kasih.. kerana aku juga makhluk yang inginkan kebahagiaan....
kebahagiaan yang mendamaikan...
kebahagiaan yang berterusan....

tetapi perlu aku ingatkan pada diri ini...
agar tidak pernak kembali dan berlaku lagi...
janganlah terlalu menyayangi insan yang kita sayang dengan 100%...
berilah ruang yang banyak untuk kita menyayangi diri kita sendiri...
kelak akan membunuh diri sendiri...
aku pernah merasainya...
bagaikan lenyap belas kasihan...
hilang ketidakpercayaan...
timbul segala kebencian...
marah yang mendalam...
begitu zalim diri ini.....
0hh, tuhan maafkan aku....

aku juga tidak mengerti...
mungkin kerana aku juga menyayangi insan lain...
terasa jahat yang teramat kepada insan yang pernah disayangi....
maafkan aku......
forgive 4 all my spoil....
tapi aku juga punya hak...

aku juga berharap event 2008 merupakan yang terakhir belaku dalam hidupku...
ingin mencari ketenangan yang abadi...
kerana aku juga mengasihani insan lain....
berilah aku ruang untuk memberi kepercayaan kepada insan yang berhak...

kini, aku bersyukur dan gembira..
family yang alwayz memberi sokongan...
mempunyai kawan2 yang sentiasa punya masa bersamaku...
sahabat2 yang paling aku sayang....
rakan2 dunia akhiratku...
juga kakak2 yang terlalu perihatin terhadap diri ini...
tak lupa untuk adik2 yang ku kasihi....

ya, allah, terima kasih kerana mengurniakan insan2 yang terlalu berharga buatku....
mengambil berat terhadapku... menjagaku.... menasihatiku....
mengasihiku... menyayangiku....
aku amat menyayangi insan yang menyayangiku....
terima kasih....
semoga ukhwah kita terjalin kekal kerana cintakan Allah...
aminn...

Sunday, February 20

air mata yang betul2 membuatkanku sebak....

perjalanan berangkat ke MARSAH petang itu membuatkanku suramm...
terasa sunyi....
sedihh...
dan terlalu sebakk.....

aku tidak akan pernah menganggap ia adalah kali terakhir....
sengaja ku simpan secebis barang agar aku bisa kembali ke sana
sekadar mengenang semula sebuah harapanku suatu ketika dahulu....

pedih ulu hatiku ketika saling bertukar SMS dengan kobes....
aku menganggap diriku kini tersilap langkah....
kerana aku cepat melatah....
tapi......
aku ingin kembali kepada niatku sebelum ini.....
aku cuma sekadar ingin buang apa yang terbuku di dadaku....

hakikatnya aku sebenarnya boleh mengatasi psiko yang mengganggu keadaan...
pada dalaman hatiku bisa melawan...
membuang tanggapan negatif yang terlintas....

aku tidak pernah sesekali menyalahi sesiapa...
waima sahabatku... mahupun ibubapaku...
inilah cabaran yang harus ku tempuh...
juga ujian daripada ALLAH kepada insan kerdil sepertiku...

aku harus kuat...
aku boleh berdiri sendiri....
aku bisa berdikari....


realitinya, aku terlalu memerlukan SAHABATku kini....
AZAH, JANE, KOBES...
yang selama ini tidak pernah berenggang....
kami sama-sama lalui bersama....
aku seolah-olah berada di kawasan asing....

memang aku terlalu sayangkan rakanku...
apatah lagi kami ingin bersama-sama  mengejar impian yang sama....
perancangan kami setelah tamat peperiksaan STAM.....

perpisahan yang tidak pernah ku duga....
tidak juga ku minta...
RINDU yang membuak tatkala kita sama-sama berjenaka...
bersukan bersama....
berborak bersama...
makan bersma.... mandi pun bersama...
ke kelas bersama....pulang bersama....
berjalan-jalan bersama....
online pun bersama...
pakai baju sama.....
boleh dikatakan semua aktiviti dilakukan bersama....
sejak dulu lagi.....

ahhh!....
aku tidak akan pernah melupakannya....
kini, aku sendirian....
terkial-kial mencari puncak....
mencari tujuan hidup yang baru...
yang terlalu kekok buatku....
aku butuh siapa????
hanya ALLAH sahaja untuk aku mengadu segalanya....

ini adalah permulaan....
sabar dan tidak cepat mengalahlah wahai insan kerdil..!
pengorbanan yang ikhlas akan berbuah suatu keberkatan....
sentiasa percaya kepada diri sendiri...
bahawa kita bisa berdikari menggapai tujuan menjadi khalifah di bumi ini....

ALLAH adalah penentu segalanya....
berdoa dan sujudlah kepadanya kerana memberi nafas baru kepada hidupku....
ia mesti mengandungi seribu hikmah yang tersembunyi....
percayalahhh....

INSYAALLAH....
syukran ya ALLAH....


Friday, February 18

~MARSAH...~

tengah bulan 12 hati aku tergerak nak gi marsah....
nak mek daurah....kursus bahasa arab....
yelah.. dulu teringin nak smbung belajar kat jordan ataupun mesir....
tapi tengok rezeki laa... kalaw dapat alhamdulillah....

kat marsah membe tetap bersamaku kalau xbukan jane, azah, dan kobes....
kami memang dah plan amek daurah same2...
walaupun kami semua di kelas yang berlainan....
suasana di marsah bebas sedikit, yelah bukan asrama lagi... kolej...
tapi peraturan tetap seperti di maahad pontian....
biasalah kan...

kenalan di marsah juga ramai...
ade la aku nampak membe ex mp...
best la jugak membe kelas aku sumer 1 kepale...
besh laa...
dekat dengan bandar JB...
aku selalu keluar merayau kat bandar...
petang kadang xde kelas...
macam selalu jugak....
tapi kena pandai save bajet laa... makan sume mahal...
huhu....
berdikari sendiri bukan masalah bagiku... aku sudah biasa....
kalau di MP dulu kami berpuasa....

ustazah dan ustaz juga dikalangan warga jordan...
so, banyak pengalaman di situ kalau berinteraksi bersama mereka...
boleh laa sikit2 cakap bahasa arab...

hemm,
aku rindu suasana bersama jane, azah dan kobes...
bile nak cam dulu lagi... beshnyer......
huhuhu....

Thursday, February 17

لا تحزن



Sahabatku…
Dulu semalam dan hari ini, kau melihat
Generasi demi generasi menghancurkan
Kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH…
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan…
Kau benar_benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan untuk menebus
Kelelahan umat ini??
Jawabku bukankah kau adalah da’I dan mujahid???
Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat…
Jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk
Dengan urusan duniamu…
Mengejar impianmu dan lupa akan hari Kebangkitan…
Pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka…
Apakah di sana ada bekalmu???
“pada akhir zaman, orang_orang yang memegang
Tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya…
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang kerana orang_orang yang
Berjuang ini memang dirintangi ujian…
Sesungguhnya allah sentiasa bersama dengan
Orang_orang yang sabar…
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan…
Syurga impian…”
_imam nawawi_

contact lens??

hukum memakai contact lens haram ke?




"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.


Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.



Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.”



Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:

“Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.



Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?



Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.



Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.



Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:



2 jenis kanta sentuh :-



1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.



2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya. 

NETBALL...



bola jaring??????


sebelum usiaku remaja lagi aku sangat menggemari sukan ini....
bahkan acara olahraga dan balapan juga menyuntik minat aku....
masih aku ingat lagi seawal usiaku 9tahun aku mula mengenalinya...
mungkin semangat kesukanan dalam diriku ini adalah baka daripada ibu bapaku...

di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi....
di situlah aku memulakan langkahnya....
Teacher Surani merupakan coach netball dan juga guru bahasa inggeris....
aku bangga dengan didikannya....
dia juga tabah melayan kerenah kami yang giler2...
yelah, orangnya pun lembut dan penyabar...

team SRAB KOTA TINGGI menyertai festival temasya sukan sekolah-sekolah rendah agama negeri johor....
aku mewakilinya untuk tahun 2002 hingga 2004 peringkat negeri....
rakan-rakan team kami aku,wani, zati lokamn,zati hanafiah,syahzan,rafizah,aina,anis,iena,
rindu giler kt dowang nih....

acara olahraga mencuri tumpuan aku...
aku diberikan 3 acara oleh cikgu Azman...guru matematik....
lompat jauh, lari 100meter,4x100meter...
aku memang suka lari2 nie...
tapi aku hanya menjuarai acara lompat jauh untuk tempat pertama....
tidak ku duga....
jelas nampak wajah ceria di wajah cikgu azman sebab dia yang banyak push aku...haha...
aku xdelah seaktif orang lain sebab sekolah aku bukan sekolah rendah biasa lain....

bola jaring juga menjadi teman keduaku....
hingga kini tidak pernah luput dalam ingatanku...
hahaha...banyak lorh peristiwanya...
first dulu fight ngan SRAB JB....
bole la mate x jauh sangat....13-2...
menang ke kalah???
menang laa.....main gitu2 jer...



aku paling xtahan mase SRAB KT jadi tuan rumah.....
dah lah jadi tuan rumah... kalah!....
lawan SRAB PONTIAN....6-0....
malu jer... tapi aku biasa jer coz time 2 bagi aku posisi yang salah...
aku x main GD lah...aku main GA......
tapi time 2 pun sekolah dowang memang hebat2!....
aku ingat lagi ad pemain yang aku kenal...FITRAH ngan NANA....
hahaha.....
kat MP gak aku jumpa dowang balik....


last yang aku ingat SRAB MUAR jadi tuan rumah....
so, even jauh, semangat kesukanan aku berkobar2...
alamak, jumpe ANIS pulak...
yelah dulu 1 team kitowang....
sikalang itu suda paling tadah....
hahaha...xper larh....coz dia pindah....
lawan SRAB JB lagi......

olahragawati???
Huh, 2 pun sebab nak dapat sijil...
kalau x xde maknanya....al maklomlah baru abez UPSR....
hahaha....
aku harap semua sekolah SRAB NEGERI JOHOR akan istiqomah.....
lahirkan anak2 islam yang mujahid dan bertauliah....
insyaallah............












~tukar balek~

aku mengupdated semula blog nie.... sudah berbulan2 rasanya tak updated blog...
dr web lame kpd yg baru... knape? biar aku jee yg tahu....
ade lah bende2 yg ingin aku mengubahnya.... tapi waktu kesempatan yg ade juga tidak mengizinkan....
aku terpaksa mencuri waktu2 tersembunyi....

serius aku skang memang penat... aku seolah-olah ingin sahaja berada di awangan...
terasa nyaman dan indah bukan???
 tapi itu bukan persoalannya...
ahhh!!....
ya allah..... kuatkan hatiku...
tabahkan jiwaku...
dan bersabarlah wahai insan bergelar dhaif....
wassalam...