Saturday, May 25

Pre Messnight. Apa boleh berlaku?


Assalamualaikum!

sudah berkali dan degil hati bertindak untuk kata tidak.
tapi siapalah aku.
hati memberontak bagai nak rak.
aku mengelak semahunya 
aku mencari kawan yang faham.
namun jawapan semua sama
"pergi jelah, sekejap je"
"takpe, korban lah sikit masa"
Fine, aku pergi dengan keadaan sangat terpaksa.
Hahahaha. Malas kot. 

sesampai untuk buat rehearsal.
hatiku panas memantau guys yang sengaja tidak hadirkan diri.
Cis.
Berdebah. 
Trouble yang membuatkan semua mangsa menjadi huru hara
baik di sini atau di sana.
Simpati.

Dan perasaan tidak enak itu aku buang sejauhnya.
Redha jelah.




5 hidangan setiap kali acara makan.
dan masuk ke dewan lebih kurang 10 kali.
serve dan ambil kembali pinggan.
untuk aku 12 kali campur dengan hidupkan lilin dan padam pada akhir acara.
ok. benda senang je. 

*kalau untuk messnight tahun lepas aku berbaju PO( baju kurung)
serve air sahaja. aku rasa lagi heaven dulu.
tenang je berjalan.
hehehe.

perjalanan berjalan seperti biasa.
dan aku harap berakhirlah seperti sediakala.
usai tugas menjadi waitress.
aku dan semua berasak ingin melihat sesuatu. sesuatu yang kuduga itu mungkin tak terduga
melihat dari corong pintu.
persembahan demi persembahan di layarkan.
aku tertacap pada sekumpulan tudung berwarna biru sedondon.
5 orang kesemuanya tak silap.
adakah perlu tarian seperti itu?
tarian lagu gentleman. sebijik macam dalam video. terlompat-lompat.
tanpa segan silu menayang tubuh badan dengan lenggok yang mengghairahkan pada aku.
seksi dan seksa.
WANITA pulak tu.
MasyaAllah. 
beristigfar banyak dalam hati. tak sanggup lagi nak tengok.
keseronokan tanpa henti yang tidak berbelah bagi.

Dan aku terfikir lagi sekarang.
wanita kini mudah menjadi fitnahnya.
wanita kini menjadi biola kegemaran dunia.

dan dalam inipati sebegini.
Di mana lelaki yang sebagai pemimpin untuk menegur?
menghilang kah? kenape diam? suka? 
kenapa tak ganti sahaja tempat wanita itu, bukan tak boleh. 
sekurangnya jika persembahan itu guys yang take over tidaklah jadi fitnah mulut manusia.

tidak semena-mena malam yang kian melabuh tirainya semakin rancak.
aku yang duduk di bangku berhadapan hotel seakan mahu menjerit.
"sampai subuh ke nak berkaraoke"
Ciss. 
aku bangun mencari angin malam. ramai waitress yang sudah menghilangkan diri.
cuma yang ada manusia yang mabuk dalam keseronokan.
aku berpaling untuk terus ke bilik persalinan. hati seraya mohon tidur sebentar sementara tunggu majlis selesai.
aku mengintai sedikit pintu yang terbuka
seakan jelas ramai lagi yang menari-nari di pentas hadapan utama.
dah macam clubbing pulak.
Ya Allah apa aku boleh buat. tengok sahajakah.
lemah iman ini. tak mampu tegur apatah lagi menghalang.

semoga intake aku tidak mengulanginya yang menjadi sebuah tradisi
semoga intake bawah kami lebih cerdik akalnya dalam menilai yang batil dan hak.
semoga intake aku terus dengan nilai yang rendah diri.

Ya Allah, ampunkan dosa mereka kerana mungkin mereka tidak tahu dan mungkin mereka lalai seketika seperti hamba-hambamu yang lain.
manusia tidak sempurna.
Ya Allah, ampunkan kami kerana kami berdosa tidak nasihat menasihati sedangkan kami semua bersaudara.    
Wallahua'lam. 

yang baik ambil, yang kurang kita baiki. 



Sunday, May 19

Holiday on General Election: Titi Hayun (Part II)



Assalamualaikum semua!
hai hai haiiii.
seronok nak bercerita dan berkongsi kesah nih. hehehe.
selepas gamaknya mengenai PRU13 tuu kami decide untuk mandi air terjun keesok harinya.
Menghilangkan sedikit kesedihan kononnya. haha.
tapi itu bukanlah motif sebenarnya. Saje aku tambah.
By the way, nih plan Aizat yang semangat nak berpicnic!
mereka-mereka yang join Ejat, aku, nisah, jani and nina.
Except jay. 
agak kecewa sikit tapi takpelah nak buat cemane.

Our journey start pukul 11a.m tapi gerak dalam pukul 12 lebih gitu.
dan di harap dalam perjalanan berjalan dengan lancar.
tup tup boleh tersesat pulak kali kedua. haih. pelik.
first pegi dulu straight je takde belok-belok.
and finally, we're arrived!
alhamdulillah.

seronoknye mandi sungai woooo.
hehehe.


Sebelom mandi makan dulu. Huwaaaa.


keje melahap memang feberet haku



Air sungai die lepas hujan


Mereka yang excited!



Ninaaaaaa!


Jani busukk.



Nisah yang menggode. 




Aizat cuteeeeeee!hahaa



ejat, nina, nisah, jani, pija


bergegas pulangggg.




Kbai!
jumpe lagi.







Thursday, May 16

Hening sebalik pelangi.



Assalamualaikum.

bercambah dosa kian hari-hari tanpa sedar.
semuanya berada disekeliling.
namun, semuanya berdiri teguh selagi ada rasa taubat dalam diri.
lemah sungguh daya kendiri ini.
tidak lagi semegah yang digambarkan.

kadang emosi menguasai.
merajai seluas hati yang dikuasai nafsu.
namun, tak punya apa-apa pada akhirnya.
di mana keadilan?
manusia selalu lupa.

jangan memperbandingkan nilai usaha.
kadang tak terjangka.
kata-kata dipersalahkan.
mana nilai profesional?
sedikit sahaja ujian sudah mengeluh sedangkan nikmat diberi melebihi segalanya.
adilkah pada diri sendiri?

DIAM.
siapa suruh balas?
diamlah selagi mampu menahan amarah, rasa tak puas hati, dan semua.
tapi, kadang aku terlepas juga dek kerana terlalu emosi.

lembutkan kembali.
bukan suatu yang pasti
kerana ego manusia lebih tinggi dari darjatnya.

Mana lagi aku perlukan di sini?
kawan sendiri begitu.
balas dendamkah.
aku juga tidak tahu. 

siapa lagi harus aku mengadu?
tiada. mungkin aku terlalu keras kepala.
degil sang kerikil.
tapi aku juga manusia.
perlu teman selembut sutera.
Tapi, 
semua seolah-olah tiada.

salahkah aku bertanya?
aku memang tidak seagung mereka.
ingatlah, manusia seperti roda
orang kaya kadang perlu menjadi miskin juga.
supaya mereka lebih kenal apa itu PERASAAN. 





Sunday, May 12

Holiday on General Election.



lama rasanya tidak menulis kembali.
arghh, sudah seperti tiada had lagi ketika ini. 
sibuk yang semakin menggenggam dini hari.
rindunya pada penulisanku.
yang penuh warna ilusi dulu.

haaaaa, kali ini entry bersahaja.
kenape tah tiada kata-kata debunga lagi.
hehehee.
disini aku ingin kongsikan seminggu cuti kami sempena PRU hari tuu.
ohhh, bukan main enjoy gile sebab cuti 8 hari.
U lain mungkin ternganga gamaknye.
hewhewhew.






































ohh, ade lagi satu event tuu. 
nantilah upload.