Saturday, February 26

sayang seribu kali sayang....


""bila kusedari diri disayangi , langkah kaki ini semakin berani...""
""bila ku keliru ku ucap namamu, terasa diriku kembali di pandu...""

heh3... teringat kat lagu lama.. 

aku begitu yakin terlalu banyak kekurangan diri yang di sewa ilahi ini... tidakku pula menafikan pelbagai kedhaifan yang tersimpan di jasadku...
tetapi aku bersyukur punya insan yang menyayangiku seikhlas hati, sepenuh jiwa...
terima kasih.. kerana aku juga makhluk yang inginkan kebahagiaan....
kebahagiaan yang mendamaikan...
kebahagiaan yang berterusan....

tetapi perlu aku ingatkan pada diri ini...
agar tidak pernak kembali dan berlaku lagi...
janganlah terlalu menyayangi insan yang kita sayang dengan 100%...
berilah ruang yang banyak untuk kita menyayangi diri kita sendiri...
kelak akan membunuh diri sendiri...
aku pernah merasainya...
bagaikan lenyap belas kasihan...
hilang ketidakpercayaan...
timbul segala kebencian...
marah yang mendalam...
begitu zalim diri ini.....
0hh, tuhan maafkan aku....

aku juga tidak mengerti...
mungkin kerana aku juga menyayangi insan lain...
terasa jahat yang teramat kepada insan yang pernah disayangi....
maafkan aku......
forgive 4 all my spoil....
tapi aku juga punya hak...

aku juga berharap event 2008 merupakan yang terakhir belaku dalam hidupku...
ingin mencari ketenangan yang abadi...
kerana aku juga mengasihani insan lain....
berilah aku ruang untuk memberi kepercayaan kepada insan yang berhak...

kini, aku bersyukur dan gembira..
family yang alwayz memberi sokongan...
mempunyai kawan2 yang sentiasa punya masa bersamaku...
sahabat2 yang paling aku sayang....
rakan2 dunia akhiratku...
juga kakak2 yang terlalu perihatin terhadap diri ini...
tak lupa untuk adik2 yang ku kasihi....

ya, allah, terima kasih kerana mengurniakan insan2 yang terlalu berharga buatku....
mengambil berat terhadapku... menjagaku.... menasihatiku....
mengasihiku... menyayangiku....
aku amat menyayangi insan yang menyayangiku....
terima kasih....
semoga ukhwah kita terjalin kekal kerana cintakan Allah...
aminn...

Sunday, February 20

air mata yang betul2 membuatkanku sebak....

perjalanan berangkat ke MARSAH petang itu membuatkanku suramm...
terasa sunyi....
sedihh...
dan terlalu sebakk.....

aku tidak akan pernah menganggap ia adalah kali terakhir....
sengaja ku simpan secebis barang agar aku bisa kembali ke sana
sekadar mengenang semula sebuah harapanku suatu ketika dahulu....

pedih ulu hatiku ketika saling bertukar SMS dengan kobes....
aku menganggap diriku kini tersilap langkah....
kerana aku cepat melatah....
tapi......
aku ingin kembali kepada niatku sebelum ini.....
aku cuma sekadar ingin buang apa yang terbuku di dadaku....

hakikatnya aku sebenarnya boleh mengatasi psiko yang mengganggu keadaan...
pada dalaman hatiku bisa melawan...
membuang tanggapan negatif yang terlintas....

aku tidak pernah sesekali menyalahi sesiapa...
waima sahabatku... mahupun ibubapaku...
inilah cabaran yang harus ku tempuh...
juga ujian daripada ALLAH kepada insan kerdil sepertiku...

aku harus kuat...
aku boleh berdiri sendiri....
aku bisa berdikari....


realitinya, aku terlalu memerlukan SAHABATku kini....
AZAH, JANE, KOBES...
yang selama ini tidak pernah berenggang....
kami sama-sama lalui bersama....
aku seolah-olah berada di kawasan asing....

memang aku terlalu sayangkan rakanku...
apatah lagi kami ingin bersama-sama  mengejar impian yang sama....
perancangan kami setelah tamat peperiksaan STAM.....

perpisahan yang tidak pernah ku duga....
tidak juga ku minta...
RINDU yang membuak tatkala kita sama-sama berjenaka...
bersukan bersama....
berborak bersama...
makan bersma.... mandi pun bersama...
ke kelas bersama....pulang bersama....
berjalan-jalan bersama....
online pun bersama...
pakai baju sama.....
boleh dikatakan semua aktiviti dilakukan bersama....
sejak dulu lagi.....

ahhh!....
aku tidak akan pernah melupakannya....
kini, aku sendirian....
terkial-kial mencari puncak....
mencari tujuan hidup yang baru...
yang terlalu kekok buatku....
aku butuh siapa????
hanya ALLAH sahaja untuk aku mengadu segalanya....

ini adalah permulaan....
sabar dan tidak cepat mengalahlah wahai insan kerdil..!
pengorbanan yang ikhlas akan berbuah suatu keberkatan....
sentiasa percaya kepada diri sendiri...
bahawa kita bisa berdikari menggapai tujuan menjadi khalifah di bumi ini....

ALLAH adalah penentu segalanya....
berdoa dan sujudlah kepadanya kerana memberi nafas baru kepada hidupku....
ia mesti mengandungi seribu hikmah yang tersembunyi....
percayalahhh....

INSYAALLAH....
syukran ya ALLAH....


Friday, February 18

~MARSAH...~

tengah bulan 12 hati aku tergerak nak gi marsah....
nak mek daurah....kursus bahasa arab....
yelah.. dulu teringin nak smbung belajar kat jordan ataupun mesir....
tapi tengok rezeki laa... kalaw dapat alhamdulillah....

kat marsah membe tetap bersamaku kalau xbukan jane, azah, dan kobes....
kami memang dah plan amek daurah same2...
walaupun kami semua di kelas yang berlainan....
suasana di marsah bebas sedikit, yelah bukan asrama lagi... kolej...
tapi peraturan tetap seperti di maahad pontian....
biasalah kan...

kenalan di marsah juga ramai...
ade la aku nampak membe ex mp...
best la jugak membe kelas aku sumer 1 kepale...
besh laa...
dekat dengan bandar JB...
aku selalu keluar merayau kat bandar...
petang kadang xde kelas...
macam selalu jugak....
tapi kena pandai save bajet laa... makan sume mahal...
huhu....
berdikari sendiri bukan masalah bagiku... aku sudah biasa....
kalau di MP dulu kami berpuasa....

ustazah dan ustaz juga dikalangan warga jordan...
so, banyak pengalaman di situ kalau berinteraksi bersama mereka...
boleh laa sikit2 cakap bahasa arab...

hemm,
aku rindu suasana bersama jane, azah dan kobes...
bile nak cam dulu lagi... beshnyer......
huhuhu....

Thursday, February 17

لا تحزن



Sahabatku…
Dulu semalam dan hari ini, kau melihat
Generasi demi generasi menghancurkan
Kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH…
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan…
Kau benar_benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan untuk menebus
Kelelahan umat ini??
Jawabku bukankah kau adalah da’I dan mujahid???
Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat…
Jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk
Dengan urusan duniamu…
Mengejar impianmu dan lupa akan hari Kebangkitan…
Pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka…
Apakah di sana ada bekalmu???
“pada akhir zaman, orang_orang yang memegang
Tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya…
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang kerana orang_orang yang
Berjuang ini memang dirintangi ujian…
Sesungguhnya allah sentiasa bersama dengan
Orang_orang yang sabar…
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan…
Syurga impian…”
_imam nawawi_

contact lens??

hukum memakai contact lens haram ke?




"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.


Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.



Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.”



Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:

“Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.



Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?



Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.



Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.



Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:



2 jenis kanta sentuh :-



1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.



2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya. 

NETBALL...



bola jaring??????


sebelum usiaku remaja lagi aku sangat menggemari sukan ini....
bahkan acara olahraga dan balapan juga menyuntik minat aku....
masih aku ingat lagi seawal usiaku 9tahun aku mula mengenalinya...
mungkin semangat kesukanan dalam diriku ini adalah baka daripada ibu bapaku...

di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi....
di situlah aku memulakan langkahnya....
Teacher Surani merupakan coach netball dan juga guru bahasa inggeris....
aku bangga dengan didikannya....
dia juga tabah melayan kerenah kami yang giler2...
yelah, orangnya pun lembut dan penyabar...

team SRAB KOTA TINGGI menyertai festival temasya sukan sekolah-sekolah rendah agama negeri johor....
aku mewakilinya untuk tahun 2002 hingga 2004 peringkat negeri....
rakan-rakan team kami aku,wani, zati lokamn,zati hanafiah,syahzan,rafizah,aina,anis,iena,
rindu giler kt dowang nih....

acara olahraga mencuri tumpuan aku...
aku diberikan 3 acara oleh cikgu Azman...guru matematik....
lompat jauh, lari 100meter,4x100meter...
aku memang suka lari2 nie...
tapi aku hanya menjuarai acara lompat jauh untuk tempat pertama....
tidak ku duga....
jelas nampak wajah ceria di wajah cikgu azman sebab dia yang banyak push aku...haha...
aku xdelah seaktif orang lain sebab sekolah aku bukan sekolah rendah biasa lain....

bola jaring juga menjadi teman keduaku....
hingga kini tidak pernah luput dalam ingatanku...
hahaha...banyak lorh peristiwanya...
first dulu fight ngan SRAB JB....
bole la mate x jauh sangat....13-2...
menang ke kalah???
menang laa.....main gitu2 jer...



aku paling xtahan mase SRAB KT jadi tuan rumah.....
dah lah jadi tuan rumah... kalah!....
lawan SRAB PONTIAN....6-0....
malu jer... tapi aku biasa jer coz time 2 bagi aku posisi yang salah...
aku x main GD lah...aku main GA......
tapi time 2 pun sekolah dowang memang hebat2!....
aku ingat lagi ad pemain yang aku kenal...FITRAH ngan NANA....
hahaha.....
kat MP gak aku jumpa dowang balik....


last yang aku ingat SRAB MUAR jadi tuan rumah....
so, even jauh, semangat kesukanan aku berkobar2...
alamak, jumpe ANIS pulak...
yelah dulu 1 team kitowang....
sikalang itu suda paling tadah....
hahaha...xper larh....coz dia pindah....
lawan SRAB JB lagi......

olahragawati???
Huh, 2 pun sebab nak dapat sijil...
kalau x xde maknanya....al maklomlah baru abez UPSR....
hahaha....
aku harap semua sekolah SRAB NEGERI JOHOR akan istiqomah.....
lahirkan anak2 islam yang mujahid dan bertauliah....
insyaallah............












~tukar balek~

aku mengupdated semula blog nie.... sudah berbulan2 rasanya tak updated blog...
dr web lame kpd yg baru... knape? biar aku jee yg tahu....
ade lah bende2 yg ingin aku mengubahnya.... tapi waktu kesempatan yg ade juga tidak mengizinkan....
aku terpaksa mencuri waktu2 tersembunyi....

serius aku skang memang penat... aku seolah-olah ingin sahaja berada di awangan...
terasa nyaman dan indah bukan???
 tapi itu bukan persoalannya...
ahhh!!....
ya allah..... kuatkan hatiku...
tabahkan jiwaku...
dan bersabarlah wahai insan bergelar dhaif....
wassalam...

2010 tinggal kenangan....

Last memories....









Last tahun ni untuk aku berkhidmat sebagai player netball 2010... aku akui terlalu banyak pancaroba serta ujian yang aku hadapi... namun tidak sedikitpun melemahkan fizikal dan mentalku.. segagahnya aku cuba melangkah kehadapan menggapai matlamat yang satu... aku juga ingin sesekali merubah sesuatu yang bisa membuatkanku gembira,bahagia, seterusnya dapat berkongsi segalanya bersama.... aduh! Seronoknya....

Tahun ini ummi tidak seperti selalunya yang menjadi coach kami.... kami berdikari sendiri... mungkin kerana ummi sibuk tatkala melatih anak buahnya ke peringkat MSSJ.... maybe bagi player under18 tidak menjadi masalah kerana masing2 sudah ada banyak pengalaman... kami juga berusaha mencari paelapis untuk player under15... huh! Agak sukar juga sebenarnya.... terlalu berbeza.... tapi semua itu tidak menjadi masalah kami... rakan-rakanku sentiasa bersamaku....

Setelah sukan sekolah berakhir, tugasku pula untuk mencari pemain2 yang bakal dijadikan wakil peringkat sekolah.... “em, biarlahlah aku cari dulu budak2 yang boleh main.. nanti senang tinggal bagi nama kat cikgu yus...”detik hatiku... petang hari isnin aku ke aras 2 bertemu ngan nana.... dia lah yang tolong aku cari pemain.... nasib baik ada orang yang paham aku... start hari itu kami mengumpulkan nama pemain2 yang boleh menjadi pelapis... kami hanya mencari pemain bawah15 kerana under18 sudah ditentukanpemainnya...

Latihan demi latihan dilakukan....akhirnya selesai juga sesi pemilihan.... dan aku lega dengan keluhan mereka.... xpe lah tahun depan ada lagi kan... jangan risau la... hari khamis 18/2/2010... pemilihan tetap telah disahkan...



.





.. hatiku melonjak kegirangan dan menyembah bumi bersujud kepada ilahi... aku bersyukur teramat sangat.... alhamdulillah.... aku bangun dan terus mendapatkan cikgu yus.... pelukan terima kasih dariku untuknya.... rakan2 lain turut melonjak gembira... 12-7....mata yang melayakkan kami terus berjuang ke peringkat akhir!.... bertemu siapa??...

Under18: -aku(GA) –fitrah(GD) –nana(C) –bella(WD) –fatin z(GK) –bedah(WA) –pika tunjang(GS) –dewi(R) –mira b0u(R) –najwa(R)...
Under15: -fatin adiba(C) –fara’ain(R) –fatmawati(WA) –wani(GS) –aida(GA) –yan(GK) –siti(GD) –nani(WD) –pika(R) –nurin(R)...

Itulah nama2 yang akan dihantar kepada cikgu yus... tahun ini tidak banyak trouble dengan pemain tapi banyak kerja ynag harus dikendalikan... kami tidak bermain di court tapi dipadang.... so, aku, fitrah, fatin,najwa bertungkus lumus mengukur serta melabel di saat terik mencengkam kulit...

Huh! Terlalu panas.... dari pukul 9pagi hinggalah mengingjak ke 12.30 tengahhari.... siapa lagi nak buat semua tu kalau bukan kami... sebelum tu kena jumpa cikgu leman minta ukuran padang.... kami juga terpaksa berkongsi padang dengan budak2 bola sepak... kesian pula kat diorang... hemm, beginilah setiap tahun akan terjadi...
Kesibukan berlatih juga ditamabah dengan peperiksaan bulanan... pandai2 lah nak imbangkan camne.... huhu!...

Besoknya aku ajak nana ngan bella pergi Jutawan untuk tempah baju... hem, cikgu yana la yang bawak kami....mula2 ingat nak buat baju belang2.. pelik kan sebab orang lain xpernah buat.... kelakar...! tapi amoi kedai tu cakap lame boleh siap tapi masa yang ada hanya tinggal 2minggu saja...



Tiba2.. nana tunjukkan kat aku contoh baju... erm, macam elegant gitu... dia tersenyum2 kat aku... “minat ke?” .. “boleh tahan juga... simple!..” kataku... warna hitam dan lengan berbelang merah dan putih....haha... kami pon sepakat memilih jersi itu dengan harga runtuh 20 ringgit sepasang.. waw! Memang rezeki dapat murah... tahun lepas 45ringgit....beza tu.... sebabnya pon tauke tu kawan cikgu yana... lagi satu kitowang dapat sponsor sweater dari dowang... haha.. separuh harga gak... harga asal 90ringgit sepasang... alhamdulillah allah bagi rezeki....

Training diteruskan dengan bersungguh2... aku percaya anak2 buahku serta rakan2ku boleh mengubah prestasi tahun lepas yang agak merundum... tapi tahun nie kami kekurangan player hebat untuk pemain bawah15.... semua budak2 baru.... kami berlatih dan terus berlatih...... sehingga tarikh keramat bakal tiba.....

Malam kami berlatih di court dan belah pagi /petang di padang.... kami friendly dengan sekolah SDAHA... boleh tahan larh semuanya.... padang lecak la pulak.... maybe xbiasa lagi... haha... next friendly ngan budak2 sekolah ummi... SMK Yunus Sulaiman... lagi hebat2... tapi kamitidaklah terlalu ketinggalan...




hem, tahun ini aku lebih rapat dengan Nana...sebab dari aku form 2 lagi dia join netball... dah 5 tahun.... ada la sikit chemistry... hahaha.... kami pon dah macam adik beradik... huhu!...






kami berkumpul tatkala cikgu yus memanggil... jadual perlawanan sudah diketahui... ya allah! Alhamdulillah... game pertama kami bertemu dengan SMA Khairiah Mersing keSegamat... dan SMA Shamsudiniah... Maahad Pontianberada di kumpulan C... itu untuk under 18... untuk under15 diorang berada di kumpulan B... huh! 12,13,14/ Mac 2010adalah tarikh kami bertolak ke SMA Lughatul Quran, Kesang Tasek, Muar..

... tapi 11/mac/2010 result SPM keluar... ya allah! Takut giler...sesi latihan tergendala sedikit... budak form6 jek... huhu...latihan terus berlalu petang itu...dan di saat itu, aku terdiam, menyendiri, memikir hal masa hadapanku kelak... ingin ku tumpukan pada game yang akan berlangsung hanya berapa jam lagi....tapi aku tidak terdaya... bukan kerana result ku kurang bagus... alhamdulillah... aku mendapat apa yang aku targetkan... mungkin juga kerana reputasi spm batch aku yang menjunam... aku terpana seketika... aku bersyukur kerana ada lagi sahabat lain yang lebih kurang memuaskan dari aku... jangan sesekali merungut hal itu kerana itulah usaha kita dan takdir yang menentukan segalanya...
ingin sahaja aku bermalasan di katil... malas untuk berlatih, malas untuk memikirkan hal pagi tadi.... tatkala itu, nana ngan mira bou datang sekaligus mengajakku untuk turun padang... “huh! dah agak dah.., yer, jap lagi aku turun’’... kataku... lalu bangun dan mencapai tudung...nana tersenyum padaku... “ hem, senyum2... nak tanya result la tu..”.. bisik hatiku... hahaha...

malam jumaat yang sunyi.... bertolak ke muar jam 10.30 malam... sampai sahaja kami team MP satu bilik ngan MJ...hem, bolehlah buat kawan... kat situlah aku jumpa Ain Azman... kawan lama sekolah rendah... huhu...
esoknya bermulalah pertempuran sukan2 sekolah menengah agama seluruh johor... kami ditempatkan di padang sekolah rendah yang bersebelahan dengannya... cuaca sungguh baik sekali... alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar...game pertamabertemu dengan SMA Khairiah Mersing.... and then berentap pula dengan SMA Shamsuduniah serta melayakkan kami menjuarai kumpulan C... suku akhir game bertemu dengan naib johan kumpulan D.... akhirnya, skuad maahad pontian layak ke semi final.... aku sujud syukur dengan kemenangan ini... siapa yang berusaha insyaAllah akan berjaya...
mungkin ini saat2 yang sangat mendebarkan.... kami berehat seketika sambil menunggu keputusan pengadil... sedikit konflik berlaku disitu sehinggakan cikgu leman turut sama turun padang.... finally, kami terpaksa akur dengan segalanya.... untuk semi finalini,MP akan bertemu dengan pasukanyang bukan calang2 hebatnya.... SMPR!... waw! SMPR merupakan juara pada tahun lepas yang tumpas kepada SMAKJ... aku berlagak tenang seperti tiada rasa gemuruh di jiwa... sebelum bertanding kami bersalaman seketika... aku sempat mengatakan pada salah seorang pemain... “jangan main hebat sangat tau!”... namun senyuman sinis yang diberikan..... “hem, kerek betul!” .. gertak hati kecilku....
setelah wisel dibunyikan, laungan takbir mengiringi kami ke padang.... aku menggenggam kuat tangan nana tatkala terlalu geram dengan sikap angkuh segelintir mereka... namun, permainan mesti di teruskan..... kami akan buktikan!.... mungkin kerjasama antara kami membuahkan hasil yang begitu menakjubkan..... skill2 yang dititikberatkan dapat kami lakukan dengan sempurna... mungkin juga kami sudah biasa dan berada lama dalam team ini... semangat yang ditonjolkan membangkitkan aku diri lamunan.... “kita boleh menang”... desis hatiku...

setelah wisel tamat bergema.
aku mencapai telefon bimbit menghubungi cikgu yana untuk memberitahu kemenangan kami sebentar tadi... “cikgu, kitaorang dapat masuk final...!”kataku sekali nafas.... “apa?.. alhamdulillah!...lawan siapa?... tapi saya tak boleh datang, saya dekat melaka ni ada hal...” jawabnya panjang lebar... “lawan ngan SMAKJ la...tadi diorang menang lawan LQ.. jap lagi ni fight... takpe, cikgu doakan je...” balasku mengakhiri perbualan... huh! Smakj lagi... “boleh pija, kau boleh!..” pujuk hatiku...
terik bahang mentari tidak menggetarkan kami... walaupun panas mencengkam urat sarafku, ia tidak sekali menggoyahkan semangatku.... sebelum melangkah ke alam pertempuran bacaan doa oleh cikgu yus mengiringi kami lantas sorakan padu oleh pemain membarakan jiwaku agar tidak terlalu nervous dan terus bersemangat... tiba2... “alamak, bella injured pulak time macam ni...” luahku... pertengahan first round najwa menggantikan bella... dan permainan berakhir 7-6 pada first round... kami berbalas2 gol... rentak permainan kami juga agak sama... semuanya belum berakhir... perlu cekal dan tidak terlalu mengalah.... aku bertemu bella.. “wei, ko ok tak? Patutlah tadi main lain macam sikit... ko tak ada...” kataku... aku mencari pokok berteduh seketika... dan beberapa minit kemudian... bella ke arahku... “kak pija, kita main eh... dah ok sikit ni...” rayunya... “hah! Bagos!.. baru stabil camni...” kataku girang... aku agak serasi dengan posisi WD bella..,Cnana...dan WA bedah... disitulah kami bijak menyesuaikan diri dan membantu mana2 yang ada kelemahan... permainan diteruskan... memang terlalu sengit!... tidak sedikitpun memberi peluang kepada lawan jika bola memihak kepada kami... bola kami gol kami, bola diorang gol diorang... itulah yangdapat ditafsirkan daripada corak permainan kami... aku juga mengharapkan satu keajaiban bakal berlaku di saat genting ini... tapi agak mustahil kerana masa sudah kesuntukan...dan akhirnya, kemenangan tipis berpihak kepada mereka.... 12-13... ya allah! Aku redha dengan semuanya... 1 mata sahaja membezakan kami... tak apa lah... hebat la jugak dapat masuk final... orang lain tak dapat.... ALHAMDULILLAH!...


kami sujud mencium rumput menandakan syukur atas kemenangan ini.... walaupun tidak menjadi juara tapi kami yakin KAMILAH JUARA!!.. “ hem, tak apa lah... yang penting
dapat naik pentas!...” kataku kepada mereka sejurus berkumpul di situ... kedengaran tawa girang mereka... hahaha....
inilah kenangan yang tidak bisa kulupakan... terlalu indah untuk diingati semula... sukan ini yang menjadi kege
maranku sejak
 bangku sekolah rendah lagi... mungkin inilah penyertaanku yang terakhir mewakili sekolah... aku akan rindu semuanya... terlalu manis! Berkongsi kegembiraan bersama mereka... melihat keletah mereka... bergurau senda... mereka terlalu hormat denganku... itulah yang membanggakan aku... aku tidak suka terlalu mendesak... sekadar nasihat yang diberikan... mereka mampu memahami dan memberi kerjasama sepenuhnya kepadaku... tidak kulupa juga bantuan yang terlalu bernilai oleh mereka... tanpa mereka tidak wujudlah team ini... i love you all very muchh!!!...





bait bait riadah....



oklah....



nie pulak time sekolah menengah.....
kat MAAHAD PONTIAN....
same jer... aku join mase form 1....mase 2 tuan rumah SMAKJ...aku xterpilh sebab muda lagi kot....lagipun ramai yang hebat2...

aku join mase aku form2....(2006)
coach kami cikgu Norbayah....
huisshh, garang...tapi best!
mase 2 dah menang untuk kumpulan....
tinggal nak tentukan nombor 1,2,3,4....
agak2 nombor berape????...
dapat no.4 kalah dengan SMAKJ dengan SHAMSUDINIAH....
biasa la tu adat bertanding......


nie time form3 memang xpayah cerita.....
1 game dah kalah mati.....
lawan pun dengan MAAHAD JOHOR....
aduh, kecewa pun tahap maksima....
mase nie kat SEK.MEN.AGAMA.LUGHATUL QURAN....
sayang seribu kali sayang....tapi nak buat camne....



tahun 2008 nie lah bola jaring dah tukar guru penasihat....
ustazah Yusnita yang ganti cikgu Norbayah...sebab dia pindah....
tahun nie lah mula buat acara baru...tuan rumah SMAKJ...
ad bawah 15 dan 18....
1 game lawan shamsudiniah....alahamdulillah.....
2 game jumpe tuan rumah....
seingat aku xpernah menang kalau fight ngan SMAKJ...
xpe lah....tapi kitowang tetap juara....
terima kasih dekat cikgu Yus sebab dia buat surprise party untuk aku...
my birthday lorh...29 february 2008....
tapi aku dah hancurkan harapan dia....
minta maaf cikgu....maybe next time MAAHAD PONTIAN bakal juara....
insyaallah.................tapi sedih larh.....
xlupa buat coach kami UMMI...
banyak bagi skill2 yang power....
sampai sekarang kitowang guna.....
UMMI merupakan coach terbaik yang aku jumpa....
dah macam 1 keluarga....thanks UMMI MAIMUNAH......



fuh! begitu tragis....

mase aku form5 xbanyak latihan coz ada extra class....
nak SPM la katekan.....
tapi semua 2 x patahkan semangat aku untuk terus berjuang harumkan nama sekolah...ceh!
UMMI kembali dengan semangat baru, skill yang power, dan latihan yang memang fuhh!!.....
Mule dari asas hingga tahap yang agak mencabar.... i like it!...
Time nie lah aku rase nak tebus balik kekalahan kami....

Dengan azam yang kuat dan sokongan padu dari member team, aku cuba bangkit dan terus pandang ke depan....
Banyak rasanya kesilapn kami especially aku larh....
0h, tuhan maafkan aku....
Demi allah, tidak pernah terlintas sikit pun mengguris perasaanmu....
Maafkan hamba kerdil ini.....
Thanks fitrah kerana sering memujukku, menenangkanku.....
Even aku rasakan aku ingin sahaja menarik diri....tapi mustahil....
Kerana ini tanggungjawabku....aku xkan biarkan anak2 buah aku seperti tiada hala tuju......
Maafkan aku juga wahai teman seperjuangan......
Ammarahku mengatasi segalanya....aku juga gagal control.....
Sedih hatiku hanya tuhan yang tahu......
Maybe aku kurang memahami status dirimu....
Oh, maafkan aku......


Ditambah dengan disiplin budak yang membuat diriku mendidih panas....
Oh,sabarnya aku....
Seolah-olah mencabar aku....hingga merabuni pandanganmu.....
“kau kalau x nak turun latihan baik kau xpayah masuk larh....!!,
Kalau 1 time aku except agy, tapi nie dah berkali2...”
Ingin sahaja aku luahkan untuk 2 pemain yang memang mencabar kesabaranku...tapi aku simpan, hanya terluah kat player lain...
Yelah...aku nie bukanlah hebat sangat nak buang2 budak....
....allah mengujiku pelbagai dugaan, ujian....aku redha dengan segala ketentuannya.....
Time training aku tengok dowang main.....
Semalam dah lah x join mase ummi bagi skill2 yang bagus...
Aku terdengar ada budak cakap “ 2 la kau semalam x nak turun padang, ummi ajar teknik straight line...rugi ko x datang...da x tau nak buat camne kan...”
Aku tengok segelintir ada yang ketawa sinis.....
Hem, no comment larh...aku dah penat giler, dah kering air mata aku....
Tapi, xpe xde larh ketinggalan sangat....aku boleh ajar balik...
Allah maha kuasa mengembalikan senyuman untukku...
Akhirnya mereka akur lepas kitowang munakasyah....
Alhamdulillah, terima kasih ya allah....

Di saat perlawanan, 1 game bertemu SMAKJ lagi....
Bosan aku jumpe team dowang....memang kecut perut larh time 2....
Tapi xpe, cikgu Yus ngan ummi ada bersama kami.....
Aku bersyukur.. nasib baik lawan liga.... ada change lorh!
Macam yang aku kate tadi kitowang memang x penah menang kalau fight ngan SMAKJ.....
Xpe, relax! 2 game jumpe SEK.MEN AGAMA BANDAR TENGGARA....
Seperti yang dijangkakan... alhamdulillah.....
Thank you ALLAH!
Naib juara group jmpe johan team lain....

Esoknya masuk suku akhir....fight ngan MAAHAD JOHOR...

Alhamdulillah.....menang....eh!,tidak ku sangka...aku jumpe kak faiz...
‘girl’friend abang aku.....hahahaha......bukan awek....huhu...
Huh! Aku x dapat bayangkan betapa aku terkejut bila pengadil kate MP jumpe SMAKJ lagi untuk semi final....
Aku xpuas hati aku terus jumpe pengurus.....
Setelah lama berbincang tapi hanya sia2....
Aku ingat lagi lagi patah bicara salah seorang pengurus di situ...
“awak xnak lawan SMAKJ sebab team awak dah kalah tadi kan...
Sebab 2 nak bubar jadual...”
Even biasa sahaja ayatnya tapi tetap menggugurkan jantung aku!
Sedih! Kecewa! Hati aku bila di bilang begitu......
Akhirnya gugur jua air mataku tatkala wisel dibunyikan untuk menyambung perlawanan tadi.....
“xpe! Ada ubi ada batas.. aku xtakut r lawan team ko!!” desis hatiku.....
“tengok larh aku psyco team ko nanti! Biar kalah!”gertak hatiku....
Sungguh besar syaitan yang menggodaku.....
Ya allah.....ngee3!

Hah, jangan ingat kitowang akan kalah....

Tinggal tempat ke3 dan ke-4.....lawan dengan LQ...
Mata sipi jer....9-8.... dapatlah nombor 3 daripada xde....
Hahaha.....
Aku dah agak dah, pasukan MP ngan SMPR berganding untuk menewaskan SMAKJ....
Apelagi akibat suara2 kami yang sememangnya mengganggu tumpuan dowang membuatkan dowang gigil lutut....
And lastly, SMPR mengambil kembali takhta juara.....
Alhamdulillah.....
Tapi lepas 2 cam xbaik jer... aku pergilah minta maaf kat sukutu yang aku menyampah tadi...rase serba salah pulak.....hahaha
Manusia.... tapi ukhwah kitorang tetap terjalin....xkan lah....
Kan permainan untuk merapatkan silaturrahmi.....
Maafkan aku yer.... seribu kali maaf......
Lupe nak cakap plak game nie kat stadium larkin...dekat jer....tuan rumahnya MJ...

Yeahh! Alhamdulillah...bdk bwh 15 dapat no 2!
Fuyyoo...tanpa fatin kowang boleh menang....tabik r kt kowang...
Fatin kan patah kaki...xdapat nak join....
Alah, kalah ngan SMAKJ lah 2....22-11....
Hebat2 anak2 buah aku....
............UMMI!!!! jangan lupe BBQ!!!
Itulah janji ummi kalau kitowang menang no 1,2,3.....
Waww!!!