Thursday, February 17

لا تحزن



Sahabatku…
Dulu semalam dan hari ini, kau melihat
Generasi demi generasi menghancurkan
Kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH…
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan…
Kau benar_benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan untuk menebus
Kelelahan umat ini??
Jawabku bukankah kau adalah da’I dan mujahid???
Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat…
Jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk
Dengan urusan duniamu…
Mengejar impianmu dan lupa akan hari Kebangkitan…
Pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka…
Apakah di sana ada bekalmu???
“pada akhir zaman, orang_orang yang memegang
Tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya…
Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang kerana orang_orang yang
Berjuang ini memang dirintangi ujian…
Sesungguhnya allah sentiasa bersama dengan
Orang_orang yang sabar…
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan…
Syurga impian…”
_imam nawawi_

No comments:

Post a Comment