Saturday, May 25

Pre Messnight. Apa boleh berlaku?


Assalamualaikum!

sudah berkali dan degil hati bertindak untuk kata tidak.
tapi siapalah aku.
hati memberontak bagai nak rak.
aku mengelak semahunya 
aku mencari kawan yang faham.
namun jawapan semua sama
"pergi jelah, sekejap je"
"takpe, korban lah sikit masa"
Fine, aku pergi dengan keadaan sangat terpaksa.
Hahahaha. Malas kot. 

sesampai untuk buat rehearsal.
hatiku panas memantau guys yang sengaja tidak hadirkan diri.
Cis.
Berdebah. 
Trouble yang membuatkan semua mangsa menjadi huru hara
baik di sini atau di sana.
Simpati.

Dan perasaan tidak enak itu aku buang sejauhnya.
Redha jelah.




5 hidangan setiap kali acara makan.
dan masuk ke dewan lebih kurang 10 kali.
serve dan ambil kembali pinggan.
untuk aku 12 kali campur dengan hidupkan lilin dan padam pada akhir acara.
ok. benda senang je. 

*kalau untuk messnight tahun lepas aku berbaju PO( baju kurung)
serve air sahaja. aku rasa lagi heaven dulu.
tenang je berjalan.
hehehe.

perjalanan berjalan seperti biasa.
dan aku harap berakhirlah seperti sediakala.
usai tugas menjadi waitress.
aku dan semua berasak ingin melihat sesuatu. sesuatu yang kuduga itu mungkin tak terduga
melihat dari corong pintu.
persembahan demi persembahan di layarkan.
aku tertacap pada sekumpulan tudung berwarna biru sedondon.
5 orang kesemuanya tak silap.
adakah perlu tarian seperti itu?
tarian lagu gentleman. sebijik macam dalam video. terlompat-lompat.
tanpa segan silu menayang tubuh badan dengan lenggok yang mengghairahkan pada aku.
seksi dan seksa.
WANITA pulak tu.
MasyaAllah. 
beristigfar banyak dalam hati. tak sanggup lagi nak tengok.
keseronokan tanpa henti yang tidak berbelah bagi.

Dan aku terfikir lagi sekarang.
wanita kini mudah menjadi fitnahnya.
wanita kini menjadi biola kegemaran dunia.

dan dalam inipati sebegini.
Di mana lelaki yang sebagai pemimpin untuk menegur?
menghilang kah? kenape diam? suka? 
kenapa tak ganti sahaja tempat wanita itu, bukan tak boleh. 
sekurangnya jika persembahan itu guys yang take over tidaklah jadi fitnah mulut manusia.

tidak semena-mena malam yang kian melabuh tirainya semakin rancak.
aku yang duduk di bangku berhadapan hotel seakan mahu menjerit.
"sampai subuh ke nak berkaraoke"
Ciss. 
aku bangun mencari angin malam. ramai waitress yang sudah menghilangkan diri.
cuma yang ada manusia yang mabuk dalam keseronokan.
aku berpaling untuk terus ke bilik persalinan. hati seraya mohon tidur sebentar sementara tunggu majlis selesai.
aku mengintai sedikit pintu yang terbuka
seakan jelas ramai lagi yang menari-nari di pentas hadapan utama.
dah macam clubbing pulak.
Ya Allah apa aku boleh buat. tengok sahajakah.
lemah iman ini. tak mampu tegur apatah lagi menghalang.

semoga intake aku tidak mengulanginya yang menjadi sebuah tradisi
semoga intake bawah kami lebih cerdik akalnya dalam menilai yang batil dan hak.
semoga intake aku terus dengan nilai yang rendah diri.

Ya Allah, ampunkan dosa mereka kerana mungkin mereka tidak tahu dan mungkin mereka lalai seketika seperti hamba-hambamu yang lain.
manusia tidak sempurna.
Ya Allah, ampunkan kami kerana kami berdosa tidak nasihat menasihati sedangkan kami semua bersaudara.    
Wallahua'lam. 

yang baik ambil, yang kurang kita baiki. 



1 comment:

  1. Malam yang terfitnah..
    Darah meluap hingga ke akal fikiran..
    Lalu hati bertanya, tiada siapakah yang masih waras?

    Kalau permulaan itu sudah menampakkan kecacatan,
    Segalanya dicedok dari pemikiran barat,
    Pengakhiran yg sebegini,
    Dimana silapnya??

    Aku seorang lelaki,
    Malam itu bukan org lain..
    Dari intake yg sama..
    Terkejut, malu, sumer ada..
    Tak sangka sanggup buat begitu..

    Duduk di kerusi terasa macam
    Seorang yang BODOH SGT..
    Malu..
    Semoga intake selepas ini..
    Lebih baik pada hari ini..

    Kehadiran tak lama,
    Terlampau geram,
    Aku menghilangkan diri dari majlis..
    Apakah itu DAYUS??

    Istighfar........

    ReplyDelete