Sunday, March 20

pemerhati untuk 2011...

Ihtifal sukan kali ke-12...


Jangkaan yang meleset… sangkakan takkan pernah join ihtifal kali ni.. tapi dek kerana rindukan adik2 netball aku kuatkan jua langkah ke sana…lokasi untuk tahun ni di SMAPR…




Tahun ni tidak seperti tahun lepas… semakin kurang pemain yang berprestasi tinggi… namun, aku tetap yakin dengan player under18… mereka ramai yang senior…

Game demi game beraksi akhirnya melayakkan mereka menjuarai kumpulan B…separuh akhir bertemu SMAKJ… namun tewas! Huh! Sekolah yang sememangnya mempunyai skill dan permainan yang cantik, baik dan kemas…sangat bebeza dengan MP… di situ kelemahan mereka apabila cepat melatah tatkala mata 4 atau 5 mendahului mereka… terus down!.. Nampak seperti layang-layang putus tali… sudah berputus asa sama sekali…. Aku gagahkan jiwaku memerhati rentak permainan mereka… dan aku sangat percaya mereka bisa menyamakan kedudukan tapi….. mengaku kalah adalah utama yang menghantui naluri mereka tika itu…. It’s okay… ! semampunya mereka telah pertaruhkan… aku hargai usaha dan kerjasama yang diberikan walaupun sememangnya latihan yang kurang mencukupi untuk berentap di medan pertempuran ini…
Alhamdulillah… allah memberi  kesempatan untuk mereka menggapai kemenangan yang lain… MP layak untuk pertempuran seterusnya…melayakkan untuk tempat ke-3 dan ke-4….untuk game akhir ini bertemu dengan pasukan MJ…dan pingat gangsa milik mereka akhirnya… Alhamdulillah…

Coretan sedikit berkenaan team netball maahad pontian… dan ingin aku kongsikan koleksi gambar2 sewaktu ihtifal sukan berlansung….












pasukan VTMP yang menjuarai untuk kali ke-3 berturut2....







No comments:

Post a Comment