Tuesday, November 6

Intermediate (Part I)





Assalamualaikum.
lega rasanya rasa badan dapat istirehat walaupun sekejap.
minggu last training semakin tiba.
dari awal pembukaan sem hinggalah minggu keenam ini.
aku menanti penuh rungkai sang rama-rama.

Ohh freedom.
bebas bersama angin rakan yang membelai hari-hariku.
indah bukan?
namun tanggungjawab tetap diutamakan.
seperti menggalas diri sendiri ke puncak kehidupan yang dirangka.
membawa seribu satu impian dan matlamat kendiri.

Dah naik Intermediate untuk semua kadet intake 23.
Alhamdulillah Allah izinkan.
semakin besar dan penuh ujian hari-hari kami.
aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami.
sehingga ke kemuncak tauliah nanti.
InsyaAllah.

* Sedikit potret hari-hari ringkas yang menceritakan sendiri situasi kami. 


Lama tak jumpa. First day rasanya.


bersama Inter Navy.



First meeting. Muka masih putih berseri meyh.




Majlis Hari Raya Palapes UUM.



bawah khemah kat lapang sasar.







Geng incharge peluru. Keke.


Tamat sudah latihan lanjutan selama 6 hari yang mempertaruhkan
 aktiviti penuh liku dan pancaroba. Pandu arah untuk sindikit aku selama 7 jam 35 minit. 
penat gile weh. Separuh nyawa bertahan.
ahli-ahli junior sindiket aku memang semua fit dan tough. baik lelaki mahupun perempuan.
penambahbaikan yang sangat bagus. 
Respect mereka. 
perjalanan dalam hutan memberi nafasku bertaruh sepenuhnya.
paksa berjalan sekuatnya, tahan sesak dibahu, teran nadi supaya cekal bergerak dan bersama-sama
bersatu dalam satu pasukan serta tidak berpecah.
walaupun pelbagai rintangan dilalui. ahh, tabah sajalah. layan aje.
dipikul bersama bagpack dan Styer.
memang beban dan akhirnya pengorbanan itu terbalas dengan kepuasan.
aku tersenyum girang.

next, kami ke lapang sasar untuk acara menembak dan jatuh piring.
berdesing dengan laungan tembakan bertalu-talu.
kalau dekat memang sakit telinga that why gune heading.
kalau dulu masa annual camp gune peluru blank tapi kali nih gune peluru hidup.
sebab tu jurulatih sentiasa tegaskan kami tentang keselamatan yang menjadi keutamaan di situ.
silap-silap kene terajang. Keke.
pay attention setiap waktu lah.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
semoga bertemu kembali.
Betulkan niat semula.
Everything Lillahita'ala.

*Jadi askar sekarang aku tengok lebih kepada bangsa dan negara, Agamanya mana??
Seiringlah yaa.
Kalau takde agama, Ke syurgakah langkah kita kelak?
kat dunia sementara je, bile-bile Allah boleh ambil nyawa kita.
entah esok ataupun lusa. 
Wallahualam.