Tuesday, January 17

cukuplah cintai dalam diam...


ya Wahhab...
ya Rabbi...

biarkan aku terus mencintai dalam diam...
tidak mampu untuk meluahkan...
kerana aku takut kau akan kurangkan sedikit cintaku padaMu...
untuk aku terus mengadu cinta ini kepadaMU...
kerana kau maha TAHU...

biarlah jarak cinta yang menjadi kejauhan...
tapi penuh dengan keikhlasan...
serta kesederhanaan...




ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tidak kunjung tiba,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya...
Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasanganmu kelak...
ketika kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tidak terbalas...
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu...
dan Dia sedang mempersiapkan dan mengatur segala yang terbaik buatmu...
-Munawwarah-


cukuplah sekadar mencintai dari kejauhan...
kerana hadirnya melunturkan iman dan sakinah...
bukan membuangnya...
tetapi menjaga kesucian untuk meraih cinta Tuhan...
supaya menguatkan jiwa dan akal jauh dari goyahan syaitan...
menjauhkan dari lagha dan kelalaian hati...

sekadar cinta untuk keikhlasan...
untuk memberi ruang menyambut cinta Allah...
untuk memperoleh syurgaNya...

cintailah penuh kesederhanaan...
bukan memberi sepenuhnya melainkan kepada Tuhan...

hanya cinta dalam diam...
supaya menguatkan jiwa dan hati-hati yang lemah
dengan godaan syaitan...
menghindari prasangka penyakit jiwa...
yang sering alpa...

cukuplah cintai dalam kesamaran...
kerana tiada tahu akan rancangan Tuhan...
kelalaian hati yang sering digundahkan...
bergantunglah semua kepadaNya...
tanpa putus asa...
kerana KEINDAHAN itu akan tiba juga bila sampai masanya...

YA SHABAB... 


#perjalananku masih jauh#
perkongsian untuk tatapan rohani...




Monday, January 16

Filzati Sofia...


begin with salam...
aku teruskan penulisan ini berkisar tentang sahabat-sahabatku...
sesekali ingin terus meredakan kelukaan hati...
berhenti menulis entry entah ape-2...
tidak semua paham...
argghh, merepek sudah...


sorry terinterframe...=P

SOFIA...
alamak, skema pulak panggil gitu...
amoy yang menjadi teman yang tidak putus-putus berhubung  hingga kini...
bosan apatah lagi...
ingatan kepada sahabat-sahabatnya yang lekat kat kepala sampai bila-bila...
walaupun mengadu hal remeh temeh sekalipun...
hal-hal kecik tah ape-2...
cerita sahaja...
pasti bertemu respond...

memiliki susuk tubuh yang agak comel...
berkaki lentik apabila memakai kasut sekolah KUGFU...
kasut sukan nampak macam PANDA sikit...
tudung bujur tak boleh blah... siap warna biru...
memiliki kasut sekolah yang sangat membuatkan jiwaku tragis...
mak aihh... gila punye amoy...
tangkai jering!

bergaduh??
itu sudah biasa...
aku sentiasa menunggu untuk bertikam lidah dengannya...
especially waktu SUKAN...
dan akhirnya tiada apa...
kita sama-sama berjuang untuk sekolah...
manis senyumanku ketika berhentam dengan kamu...
tak kisah! ade jane disampingku...

seorang pemain netball pada awalnya...
form 3 bersamaku...
dah berpisah untuk itu pada tahun 2007...
menangis aku! tapi kau tak nampak...
dan akhirnya aku sokong jalan yang di pilihnya...
alhamdulillah, sekarang menjadi seorang atlit kebanggaan sekolah...
teruskan minat dan bakat itu di tempat lain...
jangan sia-siakan....

bersahabat baik atau lebih rapat dengan ijerd...
berkeletah yang memang tidak hingat dunia...
adakala berdisiplin sedikit adakala terlampau nakal...
dan adakala egois dan keras yang tidak dapat di bendung...

gigitan keras bercampur air...
perghhh, dahsyat amoy nih... gigi macam harimau!
aku jarang menjadi mangsa sebab aku kuat...
bergurau senda yang sehingga mengalirkan air mata...
memang tak sah...
dulu gelaran penggoda... woha!
bukan penggoda lelaki... take note ya...
sekarang semakin jual mahal...
baguslah... 

CARING...
sangat mengambil berat...
akulah yang selalu menjadi pesakitnya...
RAJIN dalam diam... 
belajar sorok-sorok kadang-kadang...
hahaha... amoy nih!
banking kami kerana terlalu banyak kes kecurian...
aku percaya kau sebab kau jarang dan tidak khianati aku...=)
banyak lagi aku nak tulis nih...
kalau ingat aku text balik ye...
 apepun mcm biasalah...
sayang daku yang mencurah-curah kepada ekau...
tidak pernah pudar...
aku sayang ukhuwah ini...
# rindu doe selimut pig kain cerca tampal-tampal kau tuh #
mesti bawak pergi Ganu kann... 




Saturday, January 14

selamat tinggal~






pergilah...
semoga berjumpa kembali...
terima kasih...

semoga aku kekal tersenarai dalam hatimu...
tanpa aku undang...
biarkan ia berlalu...
aku hiraukan kepahitan itu...
agar aku dapat selami sebuah kemanisan itu...
lebih indah bukan??

hati yang rela bukan paksa...
tapi terkadang membuntui sikapmu...
tidak stragis keegoanku...
mana dirimu yang dahulu??

mulut dan bibir terus terkunci sepi...
biarkan aku terus sunyi dan DIAM!
lebih aman dan damai...

Saturday, January 7

Liazah Azman...


assalamualaikum...
sayang awak...
sampai bila-bila...

permulaan story yang berkisah tentang sahabat-sahabat aku
 ketika di bangku sekolah menengah...
aku menulis warkah ini kerana aku rindu kehadiran kamu...
ketiadaan yang janggal kerana keakraban kami dahulu...
aku selesa berkawan dengan semua...
hingga kini...


gambar dulu-dulu... hihihi~

liazah...
mula mengenali beliau seawal aku tingkatan satu...
dan menjadi rapat pada tahun 2006... tingkatan dua...
kerana kami bersebelahan dorm...
walaupun berlainan kelas tapi tetap bersama seketika di asrama..
dan memiliki adik yang sama...
woha!

pedulikan hal itu...
"lizerd" panggilan awal yang aku temui untuk beliau...
entah dari siapa ataupun dari mana aku kurang mengerti...
dan lama kelamaan nama saintifik haiwan itu bertukar kepada nama yang agak comel...
"ijerd"
sama je bunyinya...

sangat kreatif...
lukisan yang sangat menambat hati...
memiliki tangan seni... itu kelebihan dia...
menyedari akan kesenian lukisan beliau ketika aku menemui sehelai poster buatan sendiri...
seawal form one... pertandingan mewakili dorm...

sangat pendiam...
seperti aku... tapi, lagi pendiam kamu...
kemas, teliti, dan tersusun orangnya...
baju aku dia selalu lipat...
3 tahun aku satu dorm dengan ijerd... dari tingkatan 4 hinggalah 6...
kerana kami AJK asrama...
AJK yang di buru waktu dahulu...
keceriaan dan sukan...

masa-masa di asrama banyak dihabiskan bersama beliau...
aku rindu itu...
loker kamu loker aku... tilam aku tilam kamu... bantal aku bantal kamu...
baju, seluar, buku, makanan... semua milik aku dan kamu...

sukar dan susah di ajak makan...
penat ajak... sampai aku terikut sekali...
kebuluran sampai malam...
walaupun kuat tidur orangnya...
lambat tu kadang-kadang...
jenuh tunggu hari-hari nak pergi sekolah...

kami mempunyai lesung pipit yang sama...
agak comel bukan?
cool dia cool lagi aku...woha!
dusta itu...aku sedikit gabra...
cool dalam keadaan rumit sahaja...

terlalu banyak kisah-kisah aku dan kamu...
hanya sedikit coretan di sini...
banyak lagi yang tersimpan tentang kamu di lubuk hati...
sahabat yang pernah aku sakiti dahulu...
kerana keegoannku sendiri...
biasalah itu adat dalam persahabatan...
mujur dapat berhubung hingga kini...
terima kasih...
920707-01-6682!
syg kau sgt lah babe~!

#yang lain tunggu ye#


Friday, January 6

MAHABBAH FIL UKHUWAH...


" ...sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
 bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, 
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah...
maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..."
( Imam Hasan Basri )


teguran kepada kebaikan bukanlah hanya daripada insan-insan yang berilmu tinggi...
kelemahan orang yang kurang ilmu kekadang akan memenuhi kelebihan itu daripada orang yang berilmu...
kelebihan orang yang berilmu dapat menambah pucuk yang kurang kepada si yang kurang ilmu...

sama juga kepada insan yang berilmu mesti memiliki sedikit kekurangan...
tidak mustahil bagi insan yang kurang ilmu itu dapat mengisi ruang kosong kecil 
untuk dikongsikan kepada insan yang berilmu...
manusia sama-sama melengkapi...
selagi ada insan yang sayang serta perihatin akan persaudaraannya...

next......
takde idea.... sambung nanti...
wink~!

jangan pernah bermegah dengan sedikit ilmu yang kau miliki...
kerana semua itu PINJAMAN sahaja dari Allah...
sebarkanlah ilmu-ilmu Allah itu...
layakkah kita mendabik dada dengan ilmu yang terbatas pengetahuannya
di muka bumi ini??


" ...perasaan cinta  yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya...
namun kekadang ia muncul sebagai UJIAN dariNya buat kita...
ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya...
perasaan mahabbah atau cinta itu AMANAH...
dan amanah pasti akan di hisab oleh Allah..."


amanah untuk diri sendiri, untuk keluarga, saudara-saudara...
selagi ia membawa ke arah kebaikan...
bawalah ke arah kebijaksanaan itu...
ke arah yang memberi pelbagai faedah...
tanpa menyelitkan perasaan dusta dan tidak ikhlas...
dalam kata lain untuk MEMPAMIRKAN kepada insan lain...
IKHLAS itu rahsia Allah...

gabungkan kedua-dua bicara ini tanpa ada rasa musykil...

#sambung lagi nanti#





Sunday, January 1

ISTIDRAJ...


# aku tak solat tapi aku lulus exam...
# aku tak puasa tapi aku tetap kaya...
# aku tak bace buku pon bila exam, tapi aku lulus...
# aku tak sembahyang kat masjid berjamaah, 
tak bayar zakat tapi aku dapat nikmat Allah berganda-ganda...
# setiap malam aku pergi kelab, minum arak, bersosial, hidup aku tetap terasa nikmat...
# aku kerja sambil lewa, kadang-kadang skip kerja, 
makan gaji buta tapi naik pangkat...

BERBEZA DENGAN :

* aku cukup solat 5 waktu 1 hari, aku berselawat setiap hari, aku bace buku sampai khatam, TAPI aku tak lulus exam...
*aku puasa sunat setiap minggu, hidup aku biasa saje...
* aku pergi masjid dan selalu berjemaah, tapi aku tak kaya...
* aku berdoa setiap hari, bace al-Quran, bangun setiap suku malam bersolat tahajjud, 
hidup aku susah juga...


AL-ISTIDRAJ...
bermaksud perkara luar biasa yang berlaku kepada orang fasik atau kafir
 sebagai tipu daya buat mereka...
ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka 
sehinggalah balasan Allah S.W.T menimpa mereka
 dalam keadaan mereka lupa...


surah Al-an'am ayat 44-45 :
" tatkala mereka lupa akan apa yang diperingatkan kepada mereka, 
kami bukakan beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan) 
sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan) 
yang mereka peroleh itu, 
lalu dengan sekonyang-konyangnya kami seksa mereka sehingga mereka putus asa"


Rasullullah telah bersabda:
" apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini
 apa yang hamba itu suka dan hajati, 
sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya, 
maka itulah yang dinamakan ISTIDRAJ."


dalam maksud yang lebih terperinci, perkara yang di luar adat kebiasaan
 yang berlaku terhadap insan-insan adalah
 bertujuan untuk MEMBINASAKAN atau MENYESATKAN lagi insan tersebut 
 secara perlahan-lahan atau tanpa disedari dan bukan dalam keadaan yang mengejut.
jika kita betul-betul menetapkan iman dan taqwa yang kuat dalam hati, 
insyaAllah tidak berlaku ISTIDRAJ kepada kita...


kenapa dia selalu hidup mewah, kaya selalu dikurniakan serta naik pangkat,
 tapi hidupnya penuh dengan kemungkaran??
 sebuah anugerah yang Allah kurniakan kepada kita adalah
 untuk memperlihatkan sejauh mana keikhlasan kita kepadaNya...


Allah melihat adakah hamba yang di beri kenikmatan itu menyedari bahawa 
Dia maha pemurah dan penyayang..
dan sepatutnya mereka-mereka ini bersyukur dan menjadi lebih baik atau rendah diri...
jika insan-insan yang di beri nikmat itu tetap tidak bersyukur,
 ia akan menimbulkan kemurkaan Allah...


 bagaimana pula jika yang selalu berdoa setiap pagi dan malam tetapi 
tetap lambat untuk dikabulkan permintaannya??
itu tanda Allah SAYANG kepada hambanya...
Allah tahu jika kita lambat atau cepat untuk memperoleh nikmatnya,
 kita akan terus dan terus berdamping dan berdoa kepadaNya 
serta selalu dapat mendekatiNya...
kita sentiasa DEKAT dan INGAT kepada Allah...
kita sentiasa dalam lindungan Allah...
kita hidup untuk terus mendapatkan keredhaanNya...

Allah itu lebih tahu apa yang terbuku...
apa yang tersirat..
apa yang tersembunyi...
apa yang TERBAIK...
untuk hamba-hambaNya...
usah mengeluh justeru terus mengadu kepadaNya...
bersyukurlah dengan apa yang kita milikki...
nescaya akan bertambah nikmat itu...

INSYAALLAH...



Friday, December 30

bahang final exam... rasakanlah...


alhamdulillah...
pejam celik sudah menginjak 4 bulan di sini...
terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk kami-kami meneruskan perjuangan hidup...
memburu ilmumu...
mencari keredhaanmu...

berilah aku sedikit kekuatan...
ya! kenapa aku begitu lemah??
di mana hilang semangatku yang membara dahulu?...
datanglah...
aku pohon sebelum ia pergi berlalu tanpa hala...

SEMANGAT dari kalian yang sangat aku butuhkan saat ini...
bukan hanya sekadar kata-kata...
bukan hanya sekadar gerak tubuh...
bukan hanya membaca mengulangkaji...

DOA serta dorongan insan-insan di hati...
semoga kekal di hati...
menjadi penegak hidupku...
tiang untuk aku meneruskan jalan ini...
menuju ke arah yang lebih jauh lagi...

semoga berjaya untuk semua...
sahabat-sahabat serta rakan seperjuangan lain...
abang dan adik...
tembakan doa yang tidak berhenti untuk kalian...
yang berada di jauh ataupun yang dekat...

mari dekatkan diri kepada Allah...
aku terasa jauh dari sinar Ilahi...

AN-NAJAH!


Wednesday, December 28

RINDU awak larh budak...



nak bahasakan sy ke aku??

kadang-kadang masa yang berlalu terlalu jauh dan sepi itu mengecap kembali akhirnya...
bukan sekali datang menerjah...
entah keberapa kali benaknya...

awk rindu sy??
terpulang... sy tak paksa... tapi jauh dari kesamaran rabunan sy...
sy tahu...


NOR FARHANAH BT ABD GHANI...
curik kat FB!


terima kasih untuk sebuah pertemuan itu...
sebuah perhubungan itu...
hingga kini..

sy sentiasa ingat kamu...
ingat dalam doa seharian...
ingin menjadi pembimbing serta peneman masa hadapanmu...
tapi...
sy belum mampu...

semoga awk terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yg diceburi...
sy sentiasa sokong...
kejayaan serta kecemerlangan awk menjadi kebahagiaan sy...
teruskan berjuang tanpa lupe pd sy...

semoga Allah sampaikan RINDU sy pada awk...
syg awk kerana Allah...



Tuesday, December 27

intake 23... (part II)


dalam kesampaian ke kemuncak training, baru aku bergegas jatikan diri ini...
acapkali kerap di panggil...
tanpa mereka bosan...
aku yang rase bosan dan jemu...
maafkan aku...

namun, tetap tidak terpadam dalam kalungan ingatan ini...
membina anggota badan yang betul-betul berstamina...
tapi untuk aku ia terlalu jauh lagi...
kerana aku baru mencapai 37%...
pada dasarnya...
lihat pada fizikalku seperti 99%... hehehe...

bersama pemain hoki yang handal...

keletihan bukan lagi menjadi rutin latihan...
aku akui jarang berasa letih setelah berasak-asak melalui physical training...
bukan bermakna badan sudah fit... 
lesu dan tidak bermaya tidak lagi terganggu seperti latihan-latihan biasa...
mengantuk apatah lagi...
penguasaan stamina yang dirangkul sedikit demi sedikit memberi segenggam kekuatan dalamanku yang asalnya terlalu lemah...    

aku suka training sukan...
lagi suka bila mengendalikan...
aku ingin menguasai bersama-sama...
bukan dalam keseorangan... bukan dalam paksaan...
kesungguhan itu...
keinginan itu...
kegemaran itu...
kebijaksanaan itu...
serta ukhwah kerjasama itu...
cukup untuk aku dan kamu-kamu...   

yang aku tak suka??
RAHSIA...                       




keazaman kamu-kamu yang luar biasa membuatkan jiwaku tragis...
berbeza denganku yang agak kemalasan...
pelbagai faktor menyebabkan aku jadi buntu sejuta rasa...
boleh kira rasanya tika diriku muncul...
fuhhh......
carik ehh......?? ;)

maafkan daku...
tidak adil untuk kamu-kamu...
aku tahu itu...
aku hanya senyum seribu bahasa...
diam dalam sepatah bicara...
bukan hilang entah ke mana...
aku tetap wujud dalam kesamaran kamu-kamu...



ashkar-ashkar rentetan...

terima kasih...
kerana tidak melunturkan semangatku...
kerana memahamiku...
kerana menyelami jiwaku...
kerana tahu apa ada dalam hatiku...
tahu kelemahanku...
dan terus menyokongku walau aku sudah jemu...
walau aku sudah beribu kali bosan...
keengganan aku menguasai...

biarlah aku mengisi ruang-ruang yang ada dengan sebuah pengharapan kamu-kamu...
sebelum berakhir dengan satu kelegaan...
sebelum terlerai kekusutan yang berlanjutan...
doakan aku dipermudah urusan...
kerana kelemahanku berada di hadapan...
teruslah mendampingi diri ini...
hati yang kecil dan terlalu kerdil...

senyum peneman diri...
diam igauan sanubari...
kamu-kamu harapan jantung hati...




Saturday, December 17

Dinner Adhoc Anak JOHOR UUM...



kemalasan yang menggunung serta bermaharajalela membuatkan kami 
tidak mampu melawan hasutan syaitan itu... 
malas untuk mempamirkan keanggunan di malam dinihari...woha!
[beristigfar sejenak ;)...]
namun, dek kerana janji yang telah diucap berjuta kali
aku sepantas kilat mengatakan YA!
walaupun tanpa kehadiran Nurul Hidayah dan  Nurul Izzati Anis...
name penuh aku tulis...hehee...


saja-saja membahagikan masa daripada asyik bermain facebook...
(bukan aku)...
tepat jam 7.45 malam kami sedia di hantar ke DTSO bagi menjamu selera...
tujuan utama aku ialah MAKAN!
lain-lain aku tolak tepi...
walaupun cantik cun melecun aku hiraukan sahaja sedetik firasat itu...
=P



malas pulak aku nak cerita tiba-tiba... hmmm...
pendekkan saja...
kehadiran rakan-rakan daripada Petronas 
menggemparkan kami seketika dengan muka ala badot...
tebal gile makeup!(jangan marah haaaa)...
dengan sekilas petir kami sampai kira-kira jam 8.30 malam...
namun, aku tetap menunggu waktu ITU!
sakit Ulu Hati dibuatnya...
LAPAR menguasai segelinap usus-usus perut batinku...

kehadiran Dato' siapa ye?? haih, tak ingat pulak...
datang dari Johor untuk ke majlis ini...
membuatkan aku mencuci mata dengan video tayangan beliau...
wahhh, serta mendikliminasi sebuah Kota Iskandar di Johor... 
RINDU JOHOR...




dalam pada menunggu penuh memek muka yang agak cun...
majlis diselangi dengan paparan, persembahan zapin, montaj-2, serta teater suara individu...
dan lain-lain lagi...
khidmat makan secara catering membuatkanku mudah untuk mengoder apa sahaja...
hehee...

apapun aku puji majlis bertemakan kemodenan ini...
majlis makan malam tahunan yang kedua dilancarkan oleh unit AMANAH Johor UUM..
permata anak selatan...
jumlah yang tidak begitu ramai berbanding negeri Kedah khususnya,
 Kelantan dan Terengganu...



king&queen?
kompem aku takde dalam senarai...
kawan-kawan aku apetah lagi...
belum lagi tu... tunggu!

dah, sedikit coretan sahaja untuk ini...
sambung tahun depan...
penuh kontra nanti...
apepun, terima kasih untuk semua...
alhamdulillah...
kenyang!woha!