Tuesday, December 27

intake 23... (part II)


dalam kesampaian ke kemuncak training, baru aku bergegas jatikan diri ini...
acapkali kerap di panggil...
tanpa mereka bosan...
aku yang rase bosan dan jemu...
maafkan aku...

namun, tetap tidak terpadam dalam kalungan ingatan ini...
membina anggota badan yang betul-betul berstamina...
tapi untuk aku ia terlalu jauh lagi...
kerana aku baru mencapai 37%...
pada dasarnya...
lihat pada fizikalku seperti 99%... hehehe...

bersama pemain hoki yang handal...

keletihan bukan lagi menjadi rutin latihan...
aku akui jarang berasa letih setelah berasak-asak melalui physical training...
bukan bermakna badan sudah fit... 
lesu dan tidak bermaya tidak lagi terganggu seperti latihan-latihan biasa...
mengantuk apatah lagi...
penguasaan stamina yang dirangkul sedikit demi sedikit memberi segenggam kekuatan dalamanku yang asalnya terlalu lemah...    

aku suka training sukan...
lagi suka bila mengendalikan...
aku ingin menguasai bersama-sama...
bukan dalam keseorangan... bukan dalam paksaan...
kesungguhan itu...
keinginan itu...
kegemaran itu...
kebijaksanaan itu...
serta ukhwah kerjasama itu...
cukup untuk aku dan kamu-kamu...   

yang aku tak suka??
RAHSIA...                       




keazaman kamu-kamu yang luar biasa membuatkan jiwaku tragis...
berbeza denganku yang agak kemalasan...
pelbagai faktor menyebabkan aku jadi buntu sejuta rasa...
boleh kira rasanya tika diriku muncul...
fuhhh......
carik ehh......?? ;)

maafkan daku...
tidak adil untuk kamu-kamu...
aku tahu itu...
aku hanya senyum seribu bahasa...
diam dalam sepatah bicara...
bukan hilang entah ke mana...
aku tetap wujud dalam kesamaran kamu-kamu...



ashkar-ashkar rentetan...

terima kasih...
kerana tidak melunturkan semangatku...
kerana memahamiku...
kerana menyelami jiwaku...
kerana tahu apa ada dalam hatiku...
tahu kelemahanku...
dan terus menyokongku walau aku sudah jemu...
walau aku sudah beribu kali bosan...
keengganan aku menguasai...

biarlah aku mengisi ruang-ruang yang ada dengan sebuah pengharapan kamu-kamu...
sebelum berakhir dengan satu kelegaan...
sebelum terlerai kekusutan yang berlanjutan...
doakan aku dipermudah urusan...
kerana kelemahanku berada di hadapan...
teruslah mendampingi diri ini...
hati yang kecil dan terlalu kerdil...

senyum peneman diri...
diam igauan sanubari...
kamu-kamu harapan jantung hati...




No comments:

Post a Comment