Friday, January 6

MAHABBAH FIL UKHUWAH...


" ...sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
 bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, 
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah...
maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..."
( Imam Hasan Basri )


teguran kepada kebaikan bukanlah hanya daripada insan-insan yang berilmu tinggi...
kelemahan orang yang kurang ilmu kekadang akan memenuhi kelebihan itu daripada orang yang berilmu...
kelebihan orang yang berilmu dapat menambah pucuk yang kurang kepada si yang kurang ilmu...

sama juga kepada insan yang berilmu mesti memiliki sedikit kekurangan...
tidak mustahil bagi insan yang kurang ilmu itu dapat mengisi ruang kosong kecil 
untuk dikongsikan kepada insan yang berilmu...
manusia sama-sama melengkapi...
selagi ada insan yang sayang serta perihatin akan persaudaraannya...

next......
takde idea.... sambung nanti...
wink~!

jangan pernah bermegah dengan sedikit ilmu yang kau miliki...
kerana semua itu PINJAMAN sahaja dari Allah...
sebarkanlah ilmu-ilmu Allah itu...
layakkah kita mendabik dada dengan ilmu yang terbatas pengetahuannya
di muka bumi ini??


" ...perasaan cinta  yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya...
namun kekadang ia muncul sebagai UJIAN dariNya buat kita...
ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya...
perasaan mahabbah atau cinta itu AMANAH...
dan amanah pasti akan di hisab oleh Allah..."


amanah untuk diri sendiri, untuk keluarga, saudara-saudara...
selagi ia membawa ke arah kebaikan...
bawalah ke arah kebijaksanaan itu...
ke arah yang memberi pelbagai faedah...
tanpa menyelitkan perasaan dusta dan tidak ikhlas...
dalam kata lain untuk MEMPAMIRKAN kepada insan lain...
IKHLAS itu rahsia Allah...

gabungkan kedua-dua bicara ini tanpa ada rasa musykil...

#sambung lagi nanti#





2 comments: