Saturday, April 21

kerana KEEGOAN itu...




raya 2010 baru rasa dapat bergambar bersama...
sadis sungguh~

maaf adikku...

maafkan aku kerana aku tidak pernah mengungkapkan kata RINDU buatmu...
hampir 6 tahun...
kamu seperti asing disisiku...
mungkin selepas waktu itu yang mengasingkan kita...
 bertengkar, bertikam lidah...
seawal kau berumur 12 tahun...
tangisanmu aku hiraukan...
sewaktu dirimu menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama
aku tidak peduli...
sehingga kini...

dan sekarang...
 sehinggalah kau menjejak umur 17 tahun...
terasa diriku kesepian tanpamu...
tersangat aku rasakan saat ini...
 aku dapat bersalaman denganmu ketika kau pulang ke kampung sahaja...
selebihnya ketika bermaafan di hari raya...
tiada pelukan dariku untukmu...
kerana aku tahu kau tidak ingin memelukku...
walaupun dalam hati aku rindu sentuhan kemaafan darimu...

kejurangan hubungan ini mendapat tegahan dari ibuku...
berkali-kali emak memintaku berbaik dengannya...
mungkin aku yang perlu mengalah...
tapi aku EGO...
kau pun EGOIS...
dan lama kelamaan tiada sebarang butir bicara antara kami walaupun tinggal sebumbung...
dan terkadang aku terpaksa memanggil orang lain yang jauh untuk membantuku 
walau aku tahu kau hanya berada sejengkal sahaja berhampiranku...

walau tiada lagi patah bicaraku untukmu kekanda...
tapi, ketahuilah aku sangat merinduimu...
tiada lagi gurauan kita dahulu sewaktu bermain bola...
bermain kereta pasir...
memanjat pokok bersamamu...
aku tahu mungkin terlalu janggal untuk kembali seperti dulu...
kerana kamu telah menginjak dewasa...

kini...
aku bangga denganmu...
terlalu bangga...
kau punya cita-cita yang tinggi...
kau punya matlamat hidup yang tersusun...
kau merancang di usia muda ini...
berbeza dengan abang-abangmu...

selalu kutitipkan doa buatmu...
agar kasih ini sampai kepadamu...
kau seorang pejuang Allah...
pendamping keluarga...
seorang penghafaz Al-Quran seperti kedua-dua abangmu...
terima kasih kerana ingin membawa keluarga ini ke taman syurga...
syurga abadi Allah...
tetapi, sungguh aku tidak layak mengimpikan syurga itu...

aku ikhlas menyayangimu...
kerana Allah...
kerana kau darah dagingku...
kerana kau penyambung pejuang Islam nanti...

ya Allah redhakanlah semuanya...
aku rindu adik lelaki kesayanganku...







No comments:

Post a Comment