Friday, June 15

ruang hamba hina...





hari ini berlalu seperti awangan basah.
melewati dingin yang seakan menemani.
aku berdiri membimbit sebuah hati.
harapan insan-insan yang mendoakan.

namun, tika mereka sujud bermunahajat.
tatkala itu juga sibuk akan hal dunia.
membimbangi akan sebuah kekalahan.
seperti kekalahan yang berbentuk pertarungan hidup dan mati.
manusia itu cukup sempurna kejadian.

kebangkitan kian melalui kekangan hari.
sungguh Tuhan maha penyayang.
memberi kesempatan yang tiada pembalasan.
tapi, manusia itu sentiasa dalam kerugian.
mengira setitik waktu untuk dendangan naluri hati.

segunung langkah menghampiri saban waktu.
menelaah ilmu pinjaman keseorangan.
menadah apa adanya yang hadir.
mencari sepuas hati.
semua kerana tanggungjawab.

ku lalui sebuah jambatan rindu.
rindu pada sujudMu.
sekejab sahaja rasa tenang yang menghampiri.
aku manusia leka dan lalai.
menginginkan sebuah kepastian.

di samar-samar bayu berderai.
aku menggalas air mata penuh hiba.
tatkala kebangkitan diri menjelma tanpa di pinta.
sungguh dalam damai yang di rasa.
sedalam kasih ini pada sang pencipta.
aku jarang menghargai.



No comments:

Post a Comment