Wednesday, June 20

panggilan abah...





'jaga solat, jaga pakaian, jaga maruah diri,'
'kesian kat abah'...

pesanan itu terngiang-ngiang apabila aku leka...
seperti air yang mengalir tanpa henti...
sepertinya aku terlalu lali akan bait-bait itu...
mungkin seawal aku darjah empat sehingga berginjak dewasa kini...

sepanjang berada di musim pengajian ini,
jarang aku mendapat panggilan telefon darinya...
seingat aku panggilan itu hadir saat aku resah untuk menghadapi paper microeconomic...
hanya beberapa saat saja...
itupun pesannya banyakkan selawat...
dan terus berakhir dengan salam...
tidak rindukah kau padaku wahai abah???
mustahil... masakan bapa tidak merindui anaknya...

aku tak pernah cuba pandai berinteraksi bersamanya...
kerana aku lebih selesa dengan emak...

terima kasih untuk wish birthday kau abah...
jarang kau memberikan ucap selamat dalam mesej...
ya, aku terharu...
sengaja aku tidak membalasnya...
aku tahu kau disana sentiasa mendoakan aku...
sentiasa inginkan anak ini menjadi caturan caramu yang murni...
tapi aku sedar aku selalu ingkar katamu...

abah aku sangat sederhana...
berbeza dengan ibu...
abah aku dahulunya seorang yang tampan...
sumpah, hensem giler...
sebab tu anak-anaknya cantik kacak belaka...
abah aku bukan materialistik dalam hidupnya...
cukuplah anaknya yang rasa kepuasan untuk semuanya...
sudah memadai...
tidakkah kau rindu padaku wahai abah???

mungkin aku selalu selalu berkongsi dengan emak...
sebab itu kau jarang menghubungiku...
takpelah...
tidakkah kau rindu padaku wahai abah???

dan terkadang tiap sebutan nasihat dan pengajaran kau aku endah...
aku bukan anak yang baik dulu...
maafkan aku buat kau menangis...
tidakkah aku rindu padamu wahai abah???
mustahil tiada rindu...

aku punya matlamat baru untukmu wahai abah...
yang aku sia-siakan...
dan aku tidak mahu kerana diriku yang berbuat dosa kau terheret sekali ke lubang neraka...
seperti aku alpa...
bukan kau sahaja, malah abang-abang dan adik-adik aku semua...
zalimnya aku...

ya, aku gemar akan kata-kata IM fattah yang berbunyi, 

*Imam, di saat kamu menjadi suami, jangan dilupakan ibu dan bapa..Ya.Kamu sudah mendapat kasih sayang isteri yang mungkin kau rasakan lebih indah.Tetapi, ingatlah, isteri kamu menyayangi kamu setelah kamu mengenal dunia, tetapi ibu dan bapa kamu, menyayangi kamu sebelum kamu mengenal dunia, membantu kamu mejalani kehidupan di dunia, dan mengajar kamu erti dunia.Jangan sesekali kau melupakan kasih sayang mereka hanya kerana kau telah mendapat kasih sayang baru*

samalah wanita sepertiku...
tidakkah kau rindu padaku wahai abah???
aku tahu jawapan itu...






No comments:

Post a Comment