Wednesday, October 12

KAMI di bumi yang sama...



bukan aku sudah bosan untuk bermadah bicara... 
ohh, jauh sekali untuk aku lari daripada lenggokkan bahasa itu...
 insyaAllah mustahil... namun,bukan itu mahu aku bisikkan disini...
apatah lagi membuka tirai pujangga itu...
alamat penuh takkan habis berhenti...
hehehe...

berkawan, berkasihan bukan lagi asing dalam kehidupanku... 
kenal tidak kenal aku akan kenal untuk mengenali setiap perkenalan...
indah bukan?? walau kelihatan rumit...
aku, dia, kamu, mereka tetap ada imaginasi yang berbeza...

detik-detik baru yang kian melonjak naluri dewasa...
tapi aku masih belum dewasa walaupun wajah aku sudah menzahirkannya...
tak percaya tanya mereka-mereka yang mengatakan 
bahawa umurku sudah tua! ohh,tidak!
matured itu pendek kata...
adakala diriku seperti keanak-anakan...
 mungkin kerana wajah aku yang tampak seperti sewel dan selamba... wink-2!

SERIUS itu sudah sebati dijiwaku sebagai senjata permulaan pertembungan...
bukan bererti aku sombong... 
jangkaan meleset sekali...


jogging itu wajib...

 aku cinta akan senaman, atau apa sahaja yang berunsurkan lasak...
pergerakan badan setiap hari adalah penting walau duduk terperap dalam bilik meneropong buku sahaja di tangan...
aku tiada ilmu sains sukan, tapi aku cuba terap yang basic pada diri ini serta rakan yang lain...nak ikut jejak langkah aku?? alamat larh... 
semua KAKI FACEBOOK!


aku tidak gemar akan protokol ala-ala skema dan formal...
sungguh aku menyampah!
skema bab agama kadang-kadang menguasai diri ini walau ada segelintir yang memandang pelik dan sinis...
huh! salah ke aku??? biarlah aku...



'let's learn korean languange'

shiroo...kamsahamida...otokee...aigooo... hah! itu saja lah yang aku tahu... 
lain kena rujuk buku... 
'pijin' singkatan nama NURFAEZEN yang aku ubah sesuka hati tanpa kebenaran tuan badan... hahaha, aku punya suka...
berlagak di kamera bukanlah aku yang utama...
 ramai makhluk-2 lain yang cuba merampas kedudukanku itu...
 lihat sahaja muka-muka yang kelihatan... 
lebih dari satu bukan...
hobikah itu?? aku juga kurang menyelidik... fuhhh!

 disaat semua menyendiri, diri ini hadir untuk memenuhi ruang yang kurang satu itu...
akanku terus hadir disetiap sudut jasad kalian... selagi diri ini diperlukan...
adakah masih diperlukan??? mestilah... ya!aku tahu...
sebab aku peramah...woha!

selesa yang aku rasa bersama kalian tidak pernah luntur...
aku hanya ingin memenuhi ruang-ruang persahabatan kekal itu...



hiraukan wajah aku yang ayu itu...woha!


lagi kamera ada dimana-mana selagi itu wajahku menjadi sambaran flash yang mengerdipkan mataku... 
jadi sebelum mengambil gambar aku
 sila pastikan flash OFF supaya mataku kelihatan agak besar... 
tapi, itu bukan syaratnya...
saja je...

simple aku simple lagi budak darjah 1... kenapa?? 
kerana aku bersiap 10 minit lagi awal daripada mereka...
sesiapa yang menunggu aku tidak pernah rasa kecewa...
 seperti lipas kudung yang kurang diberi tauliah sewajarnya...
tapi, aku yang selalu kecewa... rahsia!

sisa-sisa bersama menjadi titipan terus ke jantung hati...
bukan hanya di mata...bukan juga tersemat di naluri...
abadikanlah ia...



yewt, pja,wan




haaa, ini budak sebelah kiri banyak lembut... selembut soflan...woha!
aku bersyukur dikurniakan hidup bersama pelajar pintar ini...
terusan hadir dan berpaku pada satu visi...
itu matlamat kami...
semoga kami cemerlang gemilang bersama juga...

tidak kulupa pada teman terbaik wan syafikah ini...
caring gile wehh... gembira mengenalinya...
kupohon pada Allah agar kekalkan rasa keseronokan dan nikmat dalam berukhwah itu...
terus disulami faedah dan kebaikan tanpa ada persengketaan...
semoga Allah izinkan...




Friday, September 16

Universiti Utara Malaysia...

perhatian : warkah ini dipetik daripada esei tugasan aku sendiri...

Pengalaman mendefinisikan fakta sebagai suatu yang baharu. Pengalaman memberikan satu impak yang positif dari pelbagai aspek seperti keseronokan baru dan kelebihan itu sendiri. Dari pengalaman juga kita mendapat natijah yang dapat dikongsi dalam pelbagai acara dalam hidup. Hidup yang semakin menginjak dewasa. Satu pengalaman yang bakal mengisi ketandusan warkah ini ialah pengalamanku sendiri ketika baru menjejak kaki ke menara gading di salah sebuah universiti. Universiti Utara Malaysia sasaran pengurusan untuk terus berbakti dan berurusan dengan konsisten dan komitmen yang tinggi.

7 September 2011, seawal detik itu bikin jasad segar dari aspek fizikal dan mental bagi mengharungi alam kehidupan baru di tempat yang baru. Kehadiran beribu insan- insan dari pelbagai celoreng berpusu-pusu dengan nada dan reaksi yang sama. Insan- insan yang dipilih Allah untuk terus berbakti menjadi khalifah di bumi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia itu sendiri. Sintok sekitar wilayah Darul Aman yang terletak hampir sempadan Negara Thailand  yang berdarah. Kawasan yang  terpencil dari sebuah bandaraya besar seperti di Alor setar dan Jitra, namun tetap strategik bagi penuntut- penuntut ilmu yang mementingkan ketenangan dan kedamaian yang berlanjutan.

Seawal jam 7.00 pagi aku sudah berpakir dihadapan dewan penginapan pelajar (DPP) Sme Bank. Namun kehadiran aku tidaklah terlalu awal, kelihatan pelajar yang ingin berdaftar sudah beratur untuk menunggu giliran. Teman-teman seperjuangan serta rakan-rakan kenalan sukar untuk kutemui saat ini. Hanya membawa diri sendiri dan mengurus secepatnya supaya berjalan dengan lancar dan mudah. Anggaran pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar mencecah 4000 dan jumlah sebenar yang mendaftar ialah 3189 orang pelajar. Jumlah pelajar mendaftar di DPP Sme Bank mencecah 300 pelajar semester satu 2011. 78 angka giliranku, masih awal dan terus berurusan dengan pantas dan cekap. Kehadiran senior-senior yang saling berkerjasama bagi menguruskan pelajar baru sangat membantu kami dan aku menghargai titik peluh khidmat dan tanggungjawab yang mereka laksanakan. Dengan adanya urusetia pertanyaan, pendaftaran, penginapan serta lain memudahkan kami berurusan dengan cepat. Hampir jam 10.00 pagi aku melangkah terus ke blok penginapan untuk berkemas setelah selesai sesi pendaftaran.

Pelajar-pelajar yang baru hadir kelihatan berasak-asak namun tetap terkawal dengan sempurna. Rakan seperjuanganku saling beriringan mencari hala serta membutuh tuju. Keseronokan di hati sudah terpancar jelas diraut wajah. Walaupun berlainan kursus program, kami akan tetap bersama selagi mendapat keizinanNya. Zukhairiyyah Laily dan Fatin Nadzirah, kami dari kelas yang sama dahulu di tingkatan lima Amsyar dan kini sama-sama juga menginjak di bumi Kedah ini.

Kehidupan baru bakal ditempuh. Acapkali merasakan suasana sungguh berbeza sekali dengan keadaan yang dahulu. Rasa-rasa gementar dan teruja juga melingkari segelinap jasad. Ibubapa yang hadir dijemput ke dewan Muadzam Shah bagi sesi taklimat wakil pewaris pelajar-pelajar baru. Maklumat yang disampaikan oleh naib canselor Universiti Utara Malaysia dipaku kemas untuk disampaikan kepadaku. Mengambil ringkas pesanan itu dan terus tersemat kata-kata semangat dalam cabaran mengurus pelajaran disini. Agregat yang perlu ditarget 3.00 ke atas bukanlah mudah tapi bukanlah satu kekangan masalah.

Setelah hampir selesai sesi pendaftaran semua pelajar, kami dikendalikan oleh senior DPP merangkap juga sebagai AJK DPP kami untuk menguruskan sesi orientasi pelajar baru. Jam 1.45 selepas solat zohor, kami diarahkan untuk berkumpul di dewan rasmi UUM Dewan Muadzam Shah (DMAS) bagi melancarkan sesi orientasi. Pengangkutan bas disini disediakan oleh pihak UUM  untuk kami yang berada di luar kampus. Sesi suaikenal dilancarkan pada 7 september hingga 9 september 2011 untuk semua pelajar-pelajar baru semester pertama sesi 2011/2012.

Dihari pertama program dijalankan dengan teratur dibawah kelolaan AJK setiap DPP. 14  DPP antaranya Sme Bank, Bank Rakyat, Mas, BSN, Proton, Sime Darby, EON, Bank Muamalat, MISC, YAB, Maybank, Petronas dan lain lagi. Kami dari pelbagai bangsa dan agama. Majoriti adalah bangsa melayu diikuti dengan cina dan india. Zon utara kelihatan merajai kelompok pelajar baru di sini. Pelajar-pelajar luar Negara juga kelihatan tapi tidaklah dalam sebilangan yang besar.

Program orientasi yang dikendalikan oleh UUM  lebih kepada pengetahuan , statistic di sini, serta pengurusan yang utama. Pelbagai ceramah dan taklimat oleh yang dipertua naib canselor UUM dan pensyarah-pensyarah kakitangan universiti mengambil posisi yang sama untuk menyempurnakan minggu suaikenal ini. Ditambah dengan kehadiran menteri belia dan sukan Malaysia bagi program kepimpinan pelajar. Aku lebih berada di luar dan lebih untuk berhadapan dengan cabaran luar. Banyak imput-imput yang berguna dan berfaedah dapat dikongsi dan dipraktikan setelah selesai semua sesi pengenalan keseluruhan berkaitan Universiti Utara Malaysia.

Ukhwah yang terbina terlalu mudah  terjalin di sini kerana kami dari pelbagai bangsa dan agama ditambah kebanyakan kami sebaya. Acapkali bertemu sahabat baru, kami berkongsi pengalaman dan sentiasa bercerita mengenai susah senang keadaan baru disini. Kelihatan wajah ceria yang selalu terpancar. Perasaan berkobar-kobar untuk terus menuntut ilmu mengundang keazaman yang kuat dan  bakal terbina walaupun dalam keadaan yang letih.

Program seterusnya mengenai pengurusan di universiti ini adalah mengendalikan perpustakaan, kad matrik, kursus, ko-k, serta bahagian akademik dan hal ehwal pelajar. Universiti ini menawarkan 3 kolej yang berbeza iaitu COB (college of business), CAS (college arts and science), COLGIS (college of law, goverment and international studies). Program yang ditawarkan kepadaku ialah ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan antarabangsa BIBM (HONS). Kami dikumpulkan mengikut setiap kolej yang telah ditentukan untuk sama-sama mengikuti taklimat berkaitan program masing-masing.

Ko kurikulum di universiti adalah diwajibkan kepada semua pelajar. Pelbagai ko-k telah disenaraikan sebagai pilihan untuk bergiat aktif dan terus berinteraksi dengan suasana sekeliling dan melancarkan aktiviti-aktiviti. Markah SIRA akan diberikan bagi setiap jawatan dan penglibatan dalam setiap pertubuhan, kelab, aktiviti dan sebagainya. 5 pilihan ko-k yang telah dipilih hanya satu yang perlu di sertai dan wajib hadir pada setiap hujung minggu.  

Setiap pelajar perlu menyemak laman web peribadi di portal komuniti UUM bagi mengetahui setiap aktiviti ko-k, peperiksaan, jadual,  maklumat, pengumuman dan sebagainya sebagai rujukan utama. Jabatan pertahanan awam merupakan ko-k yang aku diterima serta. Namun, aku lebih gemar untuk menyertai PALAPES yang dianjurkan pihak universiti. Banyak keistimewaan jika lebih kearah itu tapi banyak juga cabaran besar yang harus ditempuh. Palapes Tentera Udara Diraja Malaysia pilihan utamaku. PSSTUDM singkatan bagi pasukan sukarelawan simpanan tentera udara diraja Malaysia. 

Hari pertama hadir ke kuliah dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa takut, gementar, teruja, genbira semuanya bercantum menjadi satu. Minggu pertama yang agak kelam kabut belum terkawal,  membuatkan jiwaku terus tabah dan bijak menilai serta menyesuaikan diri dengan keadaan yang lebih dewasa dan berdikari. Aku lebih untuk meninjau sekitar kawasan universiti mengenal pasti setiap dewan-dewan kuliah yang bakal dihadir supaya tidak  keciciran. Jarak kawasan satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang agak lama jika kami berjalan kaki. Kawasan yang begitu luas membuatkan kami sentiasa dalam keadaan segera setiap masa. Pengangkutan bas sentiasa disediakan untuk kami bergerak ke mana-mana.

Hari keesokkanya aku mula bersedia awal bagi  bersiap dalam semua keadaan. Masih dalam keadaan terngiang-ngiang dan buntu namun penunjuk yang ada tidak sukar untuk ditemui. Senior-senior menjadi rujukan utama kami disaat memerlukan pertanyaan dan bantuan. Nyata mereka tidak lokek untuk berkongsi dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Persekitaran yang sangat luas membataskan kami untuk mengenal semua dalam masa yang amat terdekat. Keseronokan di sini membatasi semua kekangan yang ada. Kehadiran rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan padu kepada kami melupuskan segala kesulitan yang melanda.

Kelab photografi menjadi salah satu aktiviti yang aku sertai. Kelab ini sekadar aktiviti sampingan untuk manambah pengalaman serta ilmu tentang sesi photografi itu sendiri. Banyak kelab ringan lain yang ingin aku sertai seperti kelan sukan dan permainan. Banyak peluang kita boleh peroleh dengan melibatkan diri dan bergiat aktif di sini.

Pada permulaan di sini wang saku memang sangat diperlukan untuk kegunaan semua keperluan dan setiap penglibatan yang diterima masuk. Ia juga bekalan yang sangat penting untuk mengharungi hidup di sini. Masakan dan jenis-jenis makanan di sini berbeza berbanding di Johor. Dengan bantuan PTPTN dapatlah juga membantu segala perbelanjaan harian. Berjimat cermat adalah sikap utama yang perlu dipraktikkan di sini kerana sumber-sumber bukanlah mudah dan murah.

Program pengurusan perniagaan antarabangsa merupakan program yang majoritinya dari pelajar kaum cina. Untuk semester pertama ini kami diberikan 7 subjek yang telah diputuskan oleh HEA pihak universiti. Antaranya ialah penghantar statistik, kewarganegaraan Malaysia, hubungan etnik, perinsip pemasaran, perinsip ekonomi, matematik untuk pengurusan serta EEP. Jam kredit yang diberikan ialah 18. Maksimum untuk jam kredit ialah 22. Aku tidak perlu untuk gugur tambah subjek kerana sudah seimbang.

Dewan kuliah gugusan di universiti mempunyai enam bahagian dan setiap bahagian mempunyai pecahan masing-masing. DKG enam merupakan bangunan baru yang terbina di UUM. Tahun ini merupakan perasmian pertama dan penggunaan yang paling awal. Bangunan besar yang bercantum serta berjela itu sungguh merumitkan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendaki. Perjalanan kaki yang agak jauh dari DKG 2 ke DKG 6 hampir 2km. Oleh itu, kepantasan penting untuk setiap kali hadir pada sesi kuliah harian. Panas terik dah hujan menjadi rutin ketika ini, jadi tidak hairanlah jika kebanyakan pelajar kerap mengalami demam dan kesihatan terganggu.


Minggu pertama masih dibelenggu kuliah-kuliah yang tergendala kerana kami sibuk  menambah gugur subjek untuk semester satu ini. Dalam masa yang terluang itu, aku serta rakan yang lain mengambil kesempatan untuk mrnghadiri bengkel opec di perpustakaan. Bengkel ini adalah pengenalan berkenaan dengan penggunaan dan alatan yang disediakan. Cara-cara meminjam buku, memulang, mencari melalui media opec. Setelah kad matrik didaftarkan barulah boleh digunakan melalui sentuhan skrin. Penggunaan yang mudah dan pantas melalui laman web opec melancarkan semua perjalanan perpustakaan.

Pengurusan di sini tidaklah sukar dan rumit. Petanda-petanda serta pertanyaan boleh diperoleh dengan mudah. Kebanyakan maklumat kami sedaya untuk menemui sendiri dengan pelbagai cara. Bertemu pensyarah dan mencari dewan kuliah adalah perkara rutin pada minggu pertama. Keadaan dan suasana yang agak luas terbentang dengan panorama bumi hijau dan tumbuhan sekeliling menyamankan persekitaran. Pohon-pohon dedauan kehijauan yang dekelilingi hutan menambah sunyi panorama alam.   

Pengangkutan bas yang disediakan adalah selaras mengikut DPP masing-masing. Untuk kami bergerak kemana-mana bas adalah pengngkutan utama yang disediakan kerana jarak mengatasi semuanya. Unicliner sentiasa ada dan terjadual dengan sistematik dari awal pagi hinggalah ke malam. Kami tidak bimbang walaupun akan kerap berhempas pulas berebut untuk menaiki bas. Terasa diri untuk terus berdikari dalam apa jua keadaan dan situasi. Aku teruskan daya hidup di sini dengan keazaman yang terus menular dan tidak akan luntur demi mencapai kecemerlangan yang dihajati.

Apapun disini, segala pengurusan yang remeh dan rumit asalnya boleh ditangani dengan mudah dan tersusun. Segala macam acara dan perubahan dapat diinformasi dengan pantas dan tepat. Berurusan di sini tidaklah payah dan sukar tetapi kita perlu selalu peka dan tidak leka dalam semua aspek aktiviti dan perjalanan di sini. Aku bukan lagi dalam dilema kekusutan apabila sering tersesat mencari hala jalan dan arah, kini aku lebih peka dan bersedia dalam apa jua cabaran yang mendatang.


Dalam kesamaran yang mengundang tiap detik hari-hari yang terus berlalu, keseronokan kian terasa bersama teman-teman tercinta tatkala sibuk mengurus hal pelajaran dan tugasan masing-masing. Ukhwah da  keakraban kami yang kerap dalam kesibukan tidak membataskan kami untuk terus kekal berdamping dan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Aku bangga mempunyai rakan-rakan baru sperti mereka. Walaupun perkenalan kami masih awal tetapi aliran daripada bidang dan sekolah yang sama membiasakan hubungan persahabatan ini.

Pelajar-pelajar daripada aliran STAM adalah segelintir dan tidak majoriti yang menyambung pelajaran disini. Kebanyakan pelajar lepasan Matrikulasi, Diploma dan STPM. Kebanyakan mereka juga berumur antara 20 tahun hingga 21 tahun mengikut lepasan masing-masing. Jadi tidak asing lagi jika kami sama-sama interaksi kerana tidak mengira tua dan muda. Saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah perspektif utama dalam kedisiplinan yang dibentuk walaupun dalam semester yang sama.

Infrastruktur bangunan yang agak rumit disini di kebanyakan bangunan milik pensyarah-pensyarah dan kakitangan universiti. Walaubagaimanapun, ia sangat unik dan sangat bersimpang siur. Agak elegan dan sukar ditemui dimana-mana kerana setiap bangunan tidak sama selarasnya serta bertingkat-tingkat yang berbeza. Dari luar kelihatan sederhana tapi apabila sudah menaiki serta menerokai tahulah bagaimana besar kerumitan yang bakal kita temui. Lama-kelamaan aku sudah biasa bak kata pepatah alah bias tegal biasa.

Alhamdulillah, setelah hampir tiga minggu disini tugasan dan aktiviti kian melanda setiap pelajar. Kesibukan dalam tugasan kumpulan dan tugasan individu sedikit demi sedikit dapat dilunaskan mengikut kadar yang sistematik walaupun awalnya banyak tangguhan dan kekeliruan. Segala masalah dan kebuntuan dapat diatasi bersama-sama dengan adanya perpustakaan, internet sedia ada serta perbincangan secara berkelompok. Sedikit sebanyak tugasan tidaklah jadi begitu beban dan terusan tertangguh

PKU (Pusat Kesihatan Universiti) yang terletak berhampiran markas Palapes UUM merupakan pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan dikendalikan oleh doktor terbaik. Perjalanan ke PKU daripada DKG atau tempat menunggu bas kira-kira 5 minit dengan menaiki bas.  Kemudahan yang teratur serta struktur pengurusan yang sistematik tiada beza dengan hospital dan klinik-klinik swasta yang lain. Namun, ia juga bergantung kepada pengangkutan yang sedia ada. Bas akan sentiasa melalui perkarangan PKU sebelum kembali ke destinasi awal dan akhir.

Kompleks Sukan Universiti yang terletak berdekatan DMAS, PKU dan markas Palapes mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan sukan antaranya gymnasium, balapan, sukan padang, bola sepak, bola jaring,bola tampar, bola baling, sepak takraw, badminton, tennis, memanah, ekuistrian, go-kart, golf, squash, ragbi, renang, hoki, dan lain-lain lagi. Aku lebih gemar berjogging bersama rakan-rakan dan bermain bola tampar kerana kami berada di Bukit Kachi yang berada di luar kampus. Tapi setiap hujung minggu kami akan ke Pusat Sukan untuk menyertai dan melibatkan diri dalam kegiatan sukan secara berkumpulan.

Kawasan padang golf yang luas serta padang  terbentang dikelilingi tumbuhan hijau menyemarakkan dan memberikan kami keselesaan udara yang cukup. Nyamannya keadaan di sini yang dipenuhi oksigen yang segar sentiasa tidak pernah membantutkan kami untuk terus berada di sini setiap minggu. Kecerdasan minda penting untuk tumbesaran ketika belajar. Ia sangat mempengaruhi pembelajaran kita setiap hari. Badan yang sihat menambah kecergasan otak yang minima. Kesihatan yang baik secara tidak akan mengganggu kita dalam sesi memerah otak dan mentelaah pelajaran.

Pusat Budaya dan Seni (PBS) merupakan pusat budaya yang menganjurkan kegiatan seni seperti teater, lakon layar, konti DJ, bilik latihan vokal, alatan muzik dan sebuah muzium yang mempamerkan alatan muzik tradisional dan moden. Di pusat budaya ini juga, latihan diadakan bagi peserta-peserta yang mewakili Universiti dalam bidang masing-masing. Alatan di sini lengkap dan tersusun.

Varsity Mall yang berada di dalam kampus UUM merupakan pusat membeli belah kecil untuk warga pelajar-pelajar dan kakitangan universiti. Pelbagai kedai-kedai serta kemudahan asas tersedia di Mall ini. Pelajar-pelajar tidak perlulah terlalu kerap ke Bandar untuk mendapatkan barang-barang asas dan kehendak yang lain kerana semuanya tersedia ada di dalam universiti.

Antara kedai-kedai yang wujud seperti perkhidmatan komputer riba, pembaik pulih, penjualan alatan komunikasi serta penggunaan internet. Penjualan runcit seperti keperluan asas dan peribadi, pusat telefon bimbit serta cafeteria yang menguasai seluruh kawasan universiti. Perkhidmatan bank dan ATM seperti Bank Islam khususnya, Bank Rakyat, BSN, CIMB serta lain bank lagi juga sedia ada di merata kawasan kampus. Kemudahan di sini yang menyeluruh dan sistematik membuatkan aku jarang berperasaan bimbang dan sikap yang agak tergesa-gesa walaupun destinasi yang agak jauh.

Pusat Kokurikulum Universiti yang bersebelahan dengan Markas Palapes antara pusat yang penting bagi urusan kegiatan kokurikulum setiap pelajar. Segala macam permasalahan berkaitan aktiviti kokurikulum, pertukaran ko-k dan hal yang berkaitan kami akan rujuk di pusat ini. Selepas bidang akademik yang diberi tumpuan yang penuh, aktiviti kokurikulum juga wajib untuk setiap pelajar untuk menjadikan pelajar lebih aktif dalam bidang praktikal luaran dan boleh mempraktikkannya ketika tamat pengajian nanti. Kegiatan ko-k ini sangat membantu pelajar-pelajar untuk terus cemerlang dalam mengejar kecemerlangan dan kejayaan diri masing-masing.

Baru-baru ini juga Universiti Utara Malaysia telah mengadakan minggu konvokesyen yang julung kali diadakan untuk tahun 2011. Pesta konvokesyen selama seminggu terus kencang dengan jemputan artis-artis tempatan tanah air seperti Hujan, Ella, Bunkface, Dato M.Daud Kilau serta lain-lain. Pesta konsert yang diadakan di sebelah malam mendapat sambutan yang maksimum daripada segelintir pelajar-pelajar UUM. Pergaulan yang agak bebas antara lelaki dan perempuan ketika konsert dengan aksi melonjak-lonjak dan

melompat-lompat ditambah dengan status seorang pelajar universiti beragama islam menimbulkan tanggapan negative  bagi pengunjung luar terutama ibubapa yang hadir untuk hari konvokesyen anak mereka. Aku kurang setuju akan pengendalian pesta yang agak bebas dan kurang terkawal itu. Namun, itulah pengurusan pihak atasan yang telah mengatur segalanya. Segala yang baik aku kumpul dan ikut dan yang kurang elok itu akanku jadikan satu iktibar dan pengajaran dalam diriku.

Apapun segala pengurusan yang dikendalikan pihak universiti tidak pernah mengecewakan aku serta rakan-rakanku yang lain. Walaupun terkadang ada susulan yang kurang puas hati tapi akhirnya selesai dengan mudah dan tanpa ada sebarang kekusutan. Universiti Pengurusan Terkemuka itulah target untuk UUM yang akan menjadi kenyataan. InsyaAllah. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti yang terus popular dan diangkat namanya dengan pergurusan terbaik diantara universiti-universiti lain di Malaysia

Alhamdulillah, sehingga kini aku boleh mengendalikan pelbagai urusan dengan sempurna tanpa cacat cela. Keredhaan  Allah terletak kepada keredhaan ibubapa. Dengan keredhaan ibubapa serta dorongan rakan-rakan, aku mendapat aura sokongan yang padu daripada mereka. Semoga aku dan rakan-rakan lain akan terus cemerlang di sini, insyaAllah. Aku bangga menjadi pelajar Universiti Utara Malaysia.

Friday, June 17

BRUTAL???

mendefinisikan beberapa kali....
 mencari kesamaan yang terselindung....
ohh... kerap kali terpancar....
bagaikan kemestian... 
silapkah diri ini???
salahkah aku???

aku jadi muak! sungguh2 aku bosan!
kerana apa??  
kerana seolah-olah aku sengaja menjadi seperti itu???
kau siapa nak judge aku begitu???
aku tak pernah minta...
 ITULAH DIRIKU.....
aku takkan pernah pandai untuk menjadi orang lain...
untuk apa?? 
untuk tunjuk aku betul2 sempurna dimata kau???
manusia sememangnya begitu......

berangnya aku bukan sekali... malah berkali2....
aku tidak kisah untuk kau katakan itu...
tapi...
 jangan kau mengutuk aku didepan mataku sendiri!
jangan kau tembak aku untuk jadi lebih perfect dimata kau!
jangan kau suruh aku untuk berubah 
untuk kepentingan mata2 masyarakat....
aku bukan begitu..... 

aku tetap redha dengan semuanya....
aku takkan pernah salahkan sesiapa...
Allah jadikan manusia itu cukup sempurna 
dari setiap sifat dan sudut....
mempunyai keistimewaan masing2...
 kelemahan masing2....
siapa kita untuk menolak yang hakiki???

aku tak pernah kacau life kau....
aku terima apa sahaja kata2 dari semua...
aku juga manusia biasa....
kelemahan aku juga mungkin akan memenuhi kelebihan kau...
kelemahan kau juga maybe menyempurnakan kelebihan aku....
siapa tahu???

aku manusia biasa... kau juga manusia biasa.....
kita semua sama sahaja....
hamba Allah yang cukup sempurna kejadiannya....
cukuplah pertikaian itu.....
aku tetap bersyukur........

Friday, June 10

DON'T BE SAD...... SAHABAT..!






aku sentiasa bersamamu wahai SAHABAT.....

JANGAN BERSEDIH.....  
sesungguhnya pengampunan Allah itu lebih luas dari kemarahan-Nya.....




Tiada manusia sempurna
Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.
Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.
Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.
Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.
Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.
“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?  


Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:
“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.
Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.
Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?
BY:HILAL ASYRAF....

Wednesday, June 1

KARAK...! laluan puaka....


fuyy00ooo..... tragis!... hehehe..... citer sebenar dulu kini difilemkan....
aku menonton bersama adikku awa.... intro pon dah cuak tengok....
sound dia pon buat aku jadi gigil nak tengok jalan selanjutnya.......

bole plak time 2 aku terjumpa anak murid aku... huhu.... 
tidak mengapalah.... untuk tontonan.....
triller sungguh benak episodnya....
kehadiran pelakon baru juga banyak bezanya....
shahir AF8... shera ayoub.... lain 2 pelakon lama.....

akhirnya cerita yang berkenaan kepentingan ayat kursi itu sendiri....
kalau bace je tak tahu makna buat ape....
begitulah lunasnya.....


berkomunikasi dengan roh2 yang sudah meninggal dunia....
ade part cinta... part sahabat....
terkejut juga menghantui naluri kewajaanku....
berbeza dengan filem horror lain....
unik sedikit.....

apepon aku balik xrugi lah...
bole layan jalan ceritanya....
seram+kelakar+suspen!... huhu....
GOOD JOB!... huhu....