Thursday, October 11

Be who you are...






dalam keheningan yang terbuai layu
aku menapis sebuah ilusi yang aku rindui dahulu..
ke mana ia pergi?
ke mana ia berlari? adakah hilang sekelip mata begitu sahaja?
tak mungkin...pasti tersembunyi dalam pertanyaan.

adakah perlu kita menjadi orang lain untuk nampak seperti 
perwira yang paling gah dan digeruni?
adakah kita kebuluran sebuah pujian?
adakah kita terlalu terdesak untuk mendesak diri sendiri menjadi orang lain?
adakah perlu kesombongan dalam diri itu berpanjangan?
sehingga membandingkan antara satu sama lain...

kita lupa siapa kita...
kita lupa matlamat hidup kita...
kerana kita selalu alpa dengan dunia yang sementara...

mungkin pujian itu penting untuk menambahbaikkan prestasi kita...
bukan meminta atau memaksa pujian itu hadir untuk kita 
berpura-pura menjadi orang lain...
jati diri dibina, keyakinan di pupuk rapi...
  bersederhana...
qanaah dalam segala hal...
untuk mengelakkan diri dari bersikap riak...
ya, kadang takut terjebak ke akhlak itu...

seorang pemimpin 
perlu mendidik diri bersifat tawaduk..
RENDAH DIRI...
bercakap bermanfaat bukan mencaci...
berbicara penuh erti bukan menyalahi...
kerana rakyat perlu taat kepada pemimpin...
kerana kepimpinan pemimpin menjadi corak kepada orang bawahannya...

mungkin Allah hadirkan sebuah ujian tanggungjawab...
supaya kita bersabar...
supaya kita berhemah 
supaya kita tegas...
supaya kita mengambil iktibar...
supaya kita lebih matang memandang ke hadapan...
supaya kita mengetahui akan apa yang terjadi itu tersimpul satu hikmah
yang akan merapatkan sebuah ukhuwah...
ukhuwah yang di bina itu lebih bermakna dari pandangan palsu penuh pura...

aku mahu jadi manusia yang sederhana...
yang memberi manfaat kepada semua orang walaupun cuma sedikit...
tapi penuh makna untuk agama, bangsa dan negara...

'Hidup', Motif untuk apa??
Lillahita'ala.


No comments:

Post a Comment