Monday, July 30

Kelebihan Solat Sunat Tarawih...




diriwayatkan oleh Saidina Ali (R.A) daripada Rasulullah S.A.W 
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W 
tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan.



Malam Pertama (1)
- keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan
dan mendapat keampunan dari Allah.

Malam Kedua (2)
- diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat  tarawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam Ketiga (3)
- berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan solat tarawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Keempat (4)
- memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Kelima (5)
- Allah kurniakan pahala seumpama orang solat di MasjidilHaram, Masjid Madinah dan 
Masjid Al-Aqsa.

Malam Keenam (6)
- Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur 
(70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih
pada malam ini.

Malam Ketujuh (7)
- seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang 
musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam Kelapan (8)
- Allah mengurniakan pahala orang solat tarawih sepertimana yang telah dikurniakan 
kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Malam Kesembilan (9)
- Allah kurniakan pahala dan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam Kesepuluh (10)
- Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas (11)
- keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam Kedua Belas (12)
- datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).

Malam Ketiga Belas (13)
- datang ia pada hari kiamat dalam aman dan sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam Keempat Belas (14)
- datang Malaikat menyaksikan ia bersolat tarawih serta Allah tiada menyesatkannya
pada hari kiamat.

Malam Kelima Belas (15)
- semua Malaikat yang menanggung Arasy , Kursi berselawat dan mendoakan 
supaya Allah mengampunkan.

Malam Keenam Belas (16)
- Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syuga.

Malam Ketujuh Belas (17)
- Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak 
pahala Nabi-nabi.

Malam Kelapan Belas (18)
- seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau 
dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Kesembilan Belas (19)
- Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Kedua Puluh (20)
- Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Kedua Puluh Satu (21)
- Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada NUR.

Malam Kedua Puluh Dua (22)
- datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan 
(tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam Kedua Puluh Tiga (23)
- Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada NUR.

Malam Kedua Puluh Empat (24)
- Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih malam ini.
(elok sekali berdoa ketika bersujud).

Malam Kedua Puluh Lima (25)
- Allah angkatkannya daripada seksa kubur.

Malam Kedua Puluh Enam (26)
- Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala malam ini seumpama 40 tahun 
beribadat.

Malam Kedua Puluh Tujuh (27)
- Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas 
titian sirat seperti kilat.

Malam Kedua Puluh Lapan (28)
- Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Kedua Puluh Sembilan (29)
- Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji mabrur.

Malam Ketiga Puluh (30)
- Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam 
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman :
" Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan
di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, 
serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W 
yang bernama Al-Kauthar. 





InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment