Tuesday, February 14

sang peminjam rasa...


 sang peminjam Cinta itu...
 yang datang dan pergi berlalu tanpa aku nikmati kehadirannya
seperti samar-samar sang kayu...
menular penuh merentangi alam penuh langkah berduri...
alam fantasi dan rekreasi sebagai taman hati...
hadirnya bagai memenuhi kesepianku...
ada bersama saatku duka...
saatku pilu...
aku perlahan-lahan jauhkan ia....
kerana aku tidak mahu...

taraf yang agak berbeza...
dari sudut apa hanya Allah yang tahu...
dahulu mungkin ia...
kerana khayalanku membatasi semuanya...
jiwa muda remaja...
namun segalanya terletak pada layunan-layunan sang pencinta...
hatiku BIASA sahaja...
tidak mahu meletakkan satu yang utama...
senang dah mudah itu ada firasatnya...

terbangnya secara tiba-tiba...
hadirlah kamu jika kamu mahu hadir...
hadir dengan satu puisi yang bukan lagi janggal bagiku...
aku dapat agak itu...
kata-kata yang tenang mengalir dalam alunan pembacaanku...
yang sudah sebati dalam hidupmu...

bersahabatlah...
berkawanlah...
jika itu terbaik...
terbaik untuk aku mencari keredhaan Allah...
untuk aku memintasi segala spekulasi yang bermain dalam igauan hati...
menjadi tembok untuk aku tidak lalai lagi...
kerana aku manusia biasa...
punya hati yang ingin menyeluruh...
aku wanita yang kecil...
maafkan aku...

aku belajar untuk DIAM kembali...
sibuk untuk diri sendiri dan keperluan sekeliling...
menerima apa yang ada kini...
segala hikmah berlaku tanpa aku sedari nanti...
belajar untuk SABAR...
belajar untuk CEKAL...
belajar untuk TABAH...

senyum peneman hati kendiri...
yang aku ada kini...
aku sang perahsia...
fahamlah diri ini...
walau sepayah mana...
terselindung dalam yang dilalui penuh makna tanpa sesiapa ketahui...
sekecil zarah...
sekilas angin...
sepadu kata...

aku tertunduk sepi...
menghadap ilahi...
menginsafi diri...







No comments:

Post a Comment