Thursday, May 16

Hening sebalik pelangi.



Assalamualaikum.

bercambah dosa kian hari-hari tanpa sedar.
semuanya berada disekeliling.
namun, semuanya berdiri teguh selagi ada rasa taubat dalam diri.
lemah sungguh daya kendiri ini.
tidak lagi semegah yang digambarkan.

kadang emosi menguasai.
merajai seluas hati yang dikuasai nafsu.
namun, tak punya apa-apa pada akhirnya.
di mana keadilan?
manusia selalu lupa.

jangan memperbandingkan nilai usaha.
kadang tak terjangka.
kata-kata dipersalahkan.
mana nilai profesional?
sedikit sahaja ujian sudah mengeluh sedangkan nikmat diberi melebihi segalanya.
adilkah pada diri sendiri?

DIAM.
siapa suruh balas?
diamlah selagi mampu menahan amarah, rasa tak puas hati, dan semua.
tapi, kadang aku terlepas juga dek kerana terlalu emosi.

lembutkan kembali.
bukan suatu yang pasti
kerana ego manusia lebih tinggi dari darjatnya.

Mana lagi aku perlukan di sini?
kawan sendiri begitu.
balas dendamkah.
aku juga tidak tahu. 

siapa lagi harus aku mengadu?
tiada. mungkin aku terlalu keras kepala.
degil sang kerikil.
tapi aku juga manusia.
perlu teman selembut sutera.
Tapi, 
semua seolah-olah tiada.

salahkah aku bertanya?
aku memang tidak seagung mereka.
ingatlah, manusia seperti roda
orang kaya kadang perlu menjadi miskin juga.
supaya mereka lebih kenal apa itu PERASAAN. 





1 comment: