Thursday, February 28

Selamat hari lahir Emak.



Alhamdulillah. 
terima kasih Allah untuk segala nikmat hidup ini.
tak terjangka nikmat sihat dan islam untuk hamba.

Aku masih lagi bernafas dengan kehendakNya.
nikmat apa lagi yang aku dustakan lagi?
segala puji bagi Allah.

28 februari 2013.
yes, i know this is not my day.
but that day is my beloved mother birthday.
terima kasih emak sudi berkongsi hari gembira dengan aku.
hanya sekeping mesej darinya aku rasa cukup indah.
kerana aku tahu aku insan istimewa.

Usiaku sudah pun 21 tahun.
mungkin jalan yang panjang untuk kemana aku masih mencari-cari.
terus mencari haluan masa hadapan yang harus diteruskan.
 semoga aku sentiasa dalam lindunganNya.

lukisan demi lukisan dilakar
warna berganti warna terus disemai
namun hasil caruman jelajah kertas itu masih belum tercapai
akan ku capai saban waktuku tanpa aku mengundur lagi.

aku berharap dewasa ini bisaku memberi manfaat untuk ibu bapa
saudara, dan tunjangnya untuk islam sendiri.

Ya Allah terima kasih untuk sepanjang usia nikmat ini.
berkatilah ibuku dan haramkanlah api neraka itu mendekatinya.
amin.


Sanah Helwah emak.



No comments:

Post a Comment