perhatian : warkah ini dipetik daripada esei tugasan aku sendiri...
Pengalaman mendefinisikan fakta sebagai suatu yang baharu.
Pengalaman memberikan satu impak yang positif dari pelbagai aspek seperti
keseronokan baru dan kelebihan itu sendiri. Dari pengalaman juga kita mendapat
natijah yang dapat dikongsi dalam pelbagai acara dalam hidup. Hidup yang
semakin menginjak dewasa. Satu pengalaman yang bakal mengisi ketandusan warkah
ini ialah pengalamanku sendiri ketika baru menjejak kaki ke menara gading di
salah sebuah universiti. Universiti Utara Malaysia sasaran pengurusan untuk
terus berbakti dan berurusan dengan konsisten dan komitmen yang tinggi.
7 September 2011, seawal detik itu bikin jasad segar dari aspek
fizikal dan mental bagi mengharungi alam kehidupan baru di tempat yang baru.
Kehadiran beribu insan- insan dari pelbagai celoreng berpusu-pusu dengan nada
dan reaksi yang sama. Insan- insan yang dipilih Allah untuk terus berbakti
menjadi khalifah di bumi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia itu
sendiri. Sintok sekitar wilayah Darul Aman yang terletak hampir sempadan Negara
Thailand yang berdarah. Kawasan
yang terpencil dari sebuah bandaraya
besar seperti di Alor setar dan Jitra, namun tetap strategik bagi penuntut-
penuntut ilmu yang mementingkan ketenangan dan kedamaian yang berlanjutan.
Seawal jam 7.00 pagi aku sudah berpakir dihadapan dewan penginapan
pelajar (DPP) Sme Bank. Namun kehadiran aku tidaklah terlalu awal, kelihatan
pelajar yang ingin berdaftar sudah beratur untuk menunggu giliran. Teman-teman
seperjuangan serta rakan-rakan kenalan sukar untuk kutemui saat ini. Hanya
membawa diri sendiri dan mengurus secepatnya supaya berjalan dengan lancar dan
mudah. Anggaran pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar mencecah 4000 dan
jumlah sebenar yang mendaftar ialah 3189 orang pelajar. Jumlah pelajar
mendaftar di DPP Sme Bank mencecah 300 pelajar semester satu 2011. 78 angka
giliranku, masih awal dan terus berurusan dengan pantas dan cekap. Kehadiran
senior-senior yang saling berkerjasama bagi menguruskan pelajar baru sangat
membantu kami dan aku menghargai titik peluh khidmat dan tanggungjawab yang
mereka laksanakan. Dengan adanya urusetia pertanyaan, pendaftaran, penginapan
serta lain memudahkan kami berurusan dengan cepat. Hampir jam 10.00 pagi aku
melangkah terus ke blok penginapan untuk berkemas setelah selesai sesi
pendaftaran.
Pelajar-pelajar yang baru hadir kelihatan berasak-asak namun tetap
terkawal dengan sempurna. Rakan seperjuanganku saling beriringan mencari hala
serta membutuh tuju. Keseronokan di hati sudah terpancar jelas diraut wajah.
Walaupun berlainan kursus program, kami akan tetap bersama selagi mendapat
keizinanNya. Zukhairiyyah Laily dan Fatin Nadzirah, kami dari kelas yang sama
dahulu di tingkatan lima Amsyar dan kini sama-sama juga menginjak di bumi Kedah
ini.
Kehidupan baru bakal ditempuh. Acapkali merasakan suasana sungguh
berbeza sekali dengan keadaan yang dahulu. Rasa-rasa gementar dan teruja juga melingkari
segelinap jasad. Ibubapa yang hadir dijemput ke dewan Muadzam Shah bagi sesi
taklimat wakil pewaris pelajar-pelajar baru. Maklumat yang disampaikan oleh
naib canselor Universiti Utara Malaysia dipaku kemas untuk disampaikan
kepadaku. Mengambil ringkas pesanan itu dan terus tersemat kata-kata semangat
dalam cabaran mengurus pelajaran disini. Agregat yang perlu ditarget 3.00 ke
atas bukanlah mudah tapi bukanlah satu kekangan masalah.
Setelah hampir selesai sesi pendaftaran semua pelajar, kami
dikendalikan oleh senior DPP merangkap juga sebagai AJK DPP kami untuk
menguruskan sesi orientasi pelajar baru. Jam 1.45 selepas solat zohor, kami
diarahkan untuk berkumpul di dewan rasmi UUM Dewan Muadzam Shah (DMAS) bagi
melancarkan sesi orientasi. Pengangkutan bas disini disediakan oleh pihak UUM untuk kami yang berada di luar kampus. Sesi
suaikenal dilancarkan pada 7 september hingga 9 september 2011 untuk semua
pelajar-pelajar baru semester pertama sesi 2011/2012.
Dihari pertama program dijalankan dengan teratur dibawah kelolaan AJK
setiap DPP. 14 DPP antaranya Sme Bank,
Bank Rakyat, Mas, BSN, Proton, Sime Darby, EON, Bank Muamalat, MISC, YAB,
Maybank, Petronas dan lain lagi. Kami dari pelbagai bangsa dan agama. Majoriti
adalah bangsa melayu diikuti dengan cina dan india. Zon utara kelihatan merajai
kelompok pelajar baru di sini. Pelajar-pelajar luar Negara juga kelihatan tapi
tidaklah dalam sebilangan yang besar.
Program orientasi yang dikendalikan oleh UUM lebih kepada pengetahuan , statistic di sini,
serta pengurusan yang utama. Pelbagai ceramah dan taklimat oleh yang dipertua
naib canselor UUM dan pensyarah-pensyarah kakitangan universiti mengambil
posisi yang sama untuk menyempurnakan minggu suaikenal ini. Ditambah dengan
kehadiran menteri belia dan sukan Malaysia bagi program kepimpinan pelajar. Aku
lebih berada di luar dan lebih untuk berhadapan dengan cabaran luar. Banyak
imput-imput yang berguna dan berfaedah dapat dikongsi dan dipraktikan setelah
selesai semua sesi pengenalan keseluruhan berkaitan Universiti Utara Malaysia.
Ukhwah yang terbina terlalu mudah
terjalin di sini kerana kami dari pelbagai bangsa dan agama ditambah
kebanyakan kami sebaya. Acapkali bertemu sahabat baru, kami berkongsi
pengalaman dan sentiasa bercerita mengenai susah senang keadaan baru disini.
Kelihatan wajah ceria yang selalu terpancar. Perasaan berkobar-kobar untuk
terus menuntut ilmu mengundang keazaman yang kuat dan bakal terbina walaupun dalam keadaan yang
letih.
Program seterusnya mengenai pengurusan di universiti ini adalah mengendalikan
perpustakaan, kad matrik, kursus, ko-k, serta bahagian akademik dan hal ehwal
pelajar. Universiti ini menawarkan 3 kolej yang berbeza iaitu COB (college
of business), CAS (college arts and science), COLGIS (college of
law, goverment and international studies). Program yang ditawarkan kepadaku
ialah ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan antarabangsa BIBM (HONS). Kami
dikumpulkan mengikut setiap kolej yang telah ditentukan untuk sama-sama
mengikuti taklimat berkaitan program masing-masing.
Ko kurikulum di universiti adalah diwajibkan kepada semua pelajar.
Pelbagai ko-k telah disenaraikan sebagai pilihan untuk bergiat aktif dan terus
berinteraksi dengan suasana sekeliling dan melancarkan aktiviti-aktiviti.
Markah SIRA akan diberikan bagi setiap jawatan dan penglibatan dalam setiap
pertubuhan, kelab, aktiviti dan sebagainya. 5 pilihan ko-k yang telah dipilih
hanya satu yang perlu di sertai dan wajib hadir pada setiap hujung minggu.
Setiap pelajar perlu menyemak laman web peribadi di portal komuniti
UUM bagi mengetahui setiap aktiviti ko-k, peperiksaan, jadual, maklumat, pengumuman dan sebagainya sebagai
rujukan utama. Jabatan pertahanan awam merupakan ko-k yang aku diterima serta.
Namun, aku lebih gemar untuk menyertai PALAPES yang dianjurkan pihak
universiti. Banyak keistimewaan jika lebih kearah itu tapi banyak juga cabaran
besar yang harus ditempuh. Palapes Tentera Udara Diraja Malaysia pilihan
utamaku. PSSTUDM singkatan bagi pasukan sukarelawan simpanan tentera udara
diraja Malaysia.
Hari pertama hadir ke kuliah dengan perasaan yang bercampur baur.
Rasa takut, gementar, teruja, genbira semuanya bercantum menjadi satu. Minggu
pertama yang agak kelam kabut belum terkawal,
membuatkan jiwaku terus tabah dan bijak menilai serta menyesuaikan diri
dengan keadaan yang lebih dewasa dan berdikari. Aku lebih untuk meninjau
sekitar kawasan universiti mengenal pasti setiap dewan-dewan kuliah yang bakal
dihadir supaya tidak keciciran. Jarak
kawasan satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang agak lama jika kami
berjalan kaki. Kawasan yang begitu luas membuatkan kami sentiasa dalam keadaan
segera setiap masa. Pengangkutan bas sentiasa disediakan untuk kami bergerak ke
mana-mana.
Hari keesokkanya aku mula bersedia awal bagi bersiap dalam semua keadaan. Masih dalam
keadaan terngiang-ngiang dan buntu namun penunjuk yang ada tidak sukar untuk
ditemui. Senior-senior menjadi rujukan utama kami disaat memerlukan pertanyaan
dan bantuan. Nyata mereka tidak lokek untuk berkongsi dan memberi tunjuk ajar
kepada kami. Persekitaran yang sangat luas membataskan kami untuk mengenal
semua dalam masa yang amat terdekat. Keseronokan di sini membatasi semua
kekangan yang ada. Kehadiran rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi
sokongan padu kepada kami melupuskan segala kesulitan yang melanda.
Kelab photografi menjadi salah satu aktiviti yang aku sertai. Kelab
ini sekadar aktiviti sampingan untuk manambah pengalaman serta ilmu tentang
sesi photografi itu sendiri. Banyak kelab ringan lain yang ingin aku sertai
seperti kelan sukan dan permainan. Banyak peluang kita boleh peroleh dengan
melibatkan diri dan bergiat aktif di sini.
Pada permulaan di sini wang saku memang sangat diperlukan untuk
kegunaan semua keperluan dan setiap penglibatan yang diterima masuk. Ia juga
bekalan yang sangat penting untuk mengharungi hidup di sini. Masakan dan
jenis-jenis makanan di sini berbeza berbanding di Johor. Dengan bantuan PTPTN
dapatlah juga membantu segala perbelanjaan harian. Berjimat cermat adalah sikap
utama yang perlu dipraktikkan di sini kerana sumber-sumber bukanlah mudah dan
murah.
Program pengurusan perniagaan antarabangsa merupakan program yang
majoritinya dari pelajar kaum cina. Untuk semester pertama ini kami diberikan 7
subjek yang telah diputuskan oleh HEA pihak universiti. Antaranya ialah
penghantar statistik, kewarganegaraan Malaysia, hubungan etnik, perinsip
pemasaran, perinsip ekonomi, matematik untuk pengurusan serta EEP. Jam kredit
yang diberikan ialah 18. Maksimum untuk jam kredit ialah 22. Aku tidak perlu
untuk gugur tambah subjek kerana sudah seimbang.
Dewan kuliah gugusan di universiti mempunyai enam bahagian dan
setiap bahagian mempunyai pecahan masing-masing. DKG enam merupakan bangunan
baru yang terbina di UUM. Tahun ini merupakan perasmian pertama dan penggunaan
yang paling awal. Bangunan besar yang bercantum serta berjela itu sungguh
merumitkan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendaki. Perjalanan kaki yang agak
jauh dari DKG 2 ke DKG 6 hampir 2km. Oleh itu, kepantasan penting untuk setiap
kali hadir pada sesi kuliah harian. Panas terik dah hujan menjadi rutin ketika
ini, jadi tidak hairanlah jika kebanyakan pelajar kerap mengalami demam dan
kesihatan terganggu.
Minggu pertama masih dibelenggu kuliah-kuliah yang tergendala
kerana kami sibuk menambah gugur subjek
untuk semester satu ini. Dalam masa yang terluang itu, aku serta rakan yang
lain mengambil kesempatan untuk mrnghadiri bengkel opec di perpustakaan.
Bengkel ini adalah pengenalan berkenaan dengan penggunaan dan alatan yang
disediakan. Cara-cara meminjam buku, memulang, mencari melalui media opec.
Setelah kad matrik didaftarkan barulah boleh digunakan melalui sentuhan skrin. Penggunaan
yang mudah dan pantas melalui laman web opec melancarkan semua perjalanan
perpustakaan.
Pengurusan di sini tidaklah sukar dan rumit. Petanda-petanda serta
pertanyaan boleh diperoleh dengan mudah. Kebanyakan maklumat kami sedaya untuk
menemui sendiri dengan pelbagai cara. Bertemu pensyarah dan mencari dewan
kuliah adalah perkara rutin pada minggu pertama. Keadaan dan suasana yang agak
luas terbentang dengan panorama bumi hijau dan tumbuhan sekeliling menyamankan
persekitaran. Pohon-pohon dedauan kehijauan yang dekelilingi hutan menambah
sunyi panorama alam.
Pengangkutan bas yang disediakan adalah selaras mengikut DPP
masing-masing. Untuk kami bergerak kemana-mana bas adalah pengngkutan utama
yang disediakan kerana jarak mengatasi semuanya. Unicliner sentiasa ada dan
terjadual dengan sistematik dari awal pagi hinggalah ke malam. Kami tidak
bimbang walaupun akan kerap berhempas pulas berebut untuk menaiki bas. Terasa
diri untuk terus berdikari dalam apa jua keadaan dan situasi. Aku teruskan daya
hidup di sini dengan keazaman yang terus menular dan tidak akan luntur demi
mencapai kecemerlangan yang dihajati.
Apapun disini, segala pengurusan yang remeh dan rumit asalnya boleh
ditangani dengan mudah dan tersusun. Segala macam acara dan perubahan dapat
diinformasi dengan pantas dan tepat. Berurusan di sini tidaklah payah dan sukar
tetapi kita perlu selalu peka dan tidak leka dalam semua aspek aktiviti dan
perjalanan di sini. Aku bukan lagi dalam dilema kekusutan apabila sering
tersesat mencari hala jalan dan arah, kini aku lebih peka dan bersedia dalam
apa jua cabaran yang mendatang.
Dalam kesamaran yang mengundang tiap detik hari-hari yang terus
berlalu, keseronokan kian terasa bersama teman-teman tercinta tatkala sibuk
mengurus hal pelajaran dan tugasan masing-masing. Ukhwah da keakraban kami yang kerap dalam kesibukan
tidak membataskan kami untuk terus kekal berdamping dan sentiasa bersama dalam
susah dan senang. Aku bangga mempunyai rakan-rakan baru sperti mereka. Walaupun
perkenalan kami masih awal tetapi aliran daripada bidang dan sekolah yang sama
membiasakan hubungan persahabatan ini.
Pelajar-pelajar daripada aliran STAM adalah segelintir dan tidak
majoriti yang menyambung pelajaran disini. Kebanyakan pelajar lepasan
Matrikulasi, Diploma dan STPM. Kebanyakan mereka juga berumur antara 20 tahun
hingga 21 tahun mengikut lepasan masing-masing. Jadi tidak asing lagi jika kami
sama-sama interaksi kerana tidak mengira tua dan muda. Saling hormat
menghormati antara satu sama lain adalah perspektif utama dalam kedisiplinan
yang dibentuk walaupun dalam semester yang sama.
Infrastruktur bangunan yang agak rumit disini di kebanyakan
bangunan milik pensyarah-pensyarah dan kakitangan universiti.
Walaubagaimanapun, ia sangat unik dan sangat bersimpang siur. Agak elegan dan
sukar ditemui dimana-mana kerana setiap bangunan tidak sama selarasnya serta
bertingkat-tingkat yang berbeza. Dari luar kelihatan sederhana tapi apabila
sudah menaiki serta menerokai tahulah bagaimana besar kerumitan yang bakal kita
temui. Lama-kelamaan aku sudah biasa bak kata pepatah alah bias tegal biasa.
Alhamdulillah, setelah hampir tiga minggu disini tugasan dan
aktiviti kian melanda setiap pelajar. Kesibukan dalam tugasan kumpulan dan
tugasan individu sedikit demi sedikit dapat dilunaskan mengikut kadar yang
sistematik walaupun awalnya banyak tangguhan dan kekeliruan. Segala masalah dan
kebuntuan dapat diatasi bersama-sama dengan adanya perpustakaan, internet sedia
ada serta perbincangan secara berkelompok. Sedikit sebanyak tugasan tidaklah
jadi begitu beban dan terusan tertangguh
PKU (Pusat Kesihatan Universiti) yang terletak berhampiran markas
Palapes UUM merupakan pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan
yang lengkap dan dikendalikan oleh doktor terbaik. Perjalanan ke PKU daripada
DKG atau tempat menunggu bas kira-kira 5 minit dengan menaiki bas. Kemudahan yang teratur serta struktur
pengurusan yang sistematik tiada beza dengan hospital dan klinik-klinik swasta
yang lain. Namun, ia juga bergantung kepada pengangkutan yang sedia ada. Bas
akan sentiasa melalui perkarangan PKU sebelum kembali ke destinasi awal dan
akhir.
Kompleks Sukan Universiti yang terletak berdekatan DMAS, PKU dan
markas Palapes mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan sukan antaranya gymnasium,
balapan, sukan padang, bola sepak, bola jaring,bola tampar, bola baling, sepak
takraw, badminton, tennis, memanah, ekuistrian, go-kart, golf, squash, ragbi,
renang, hoki, dan lain-lain lagi. Aku lebih gemar berjogging bersama
rakan-rakan dan bermain bola tampar kerana kami berada di Bukit Kachi yang
berada di luar kampus. Tapi setiap hujung minggu kami akan ke Pusat Sukan untuk
menyertai dan melibatkan diri dalam kegiatan sukan secara berkumpulan.
Kawasan padang golf yang luas serta padang terbentang dikelilingi tumbuhan hijau
menyemarakkan dan memberikan kami keselesaan udara yang cukup. Nyamannya
keadaan di sini yang dipenuhi oksigen yang segar sentiasa tidak pernah
membantutkan kami untuk terus berada di sini setiap minggu. Kecerdasan minda
penting untuk tumbesaran ketika belajar. Ia sangat mempengaruhi pembelajaran
kita setiap hari. Badan yang sihat menambah kecergasan otak yang minima.
Kesihatan yang baik secara tidak akan mengganggu kita dalam sesi memerah otak
dan mentelaah pelajaran.
Pusat Budaya dan Seni (PBS) merupakan pusat budaya yang
menganjurkan kegiatan seni seperti teater, lakon layar, konti DJ, bilik latihan
vokal, alatan muzik dan sebuah muzium yang mempamerkan alatan muzik tradisional
dan moden. Di pusat budaya ini juga, latihan diadakan bagi peserta-peserta yang
mewakili Universiti dalam bidang masing-masing. Alatan di sini lengkap dan
tersusun.
Varsity Mall yang berada di dalam kampus UUM merupakan pusat
membeli belah kecil untuk warga pelajar-pelajar dan kakitangan universiti.
Pelbagai kedai-kedai serta kemudahan asas tersedia di Mall ini. Pelajar-pelajar
tidak perlulah terlalu kerap ke Bandar untuk mendapatkan barang-barang asas dan
kehendak yang lain kerana semuanya tersedia ada di dalam universiti.
Antara kedai-kedai yang wujud seperti perkhidmatan komputer riba,
pembaik pulih, penjualan alatan komunikasi serta penggunaan internet. Penjualan
runcit seperti keperluan asas dan peribadi, pusat telefon bimbit serta
cafeteria yang menguasai seluruh kawasan universiti. Perkhidmatan bank dan ATM
seperti Bank Islam khususnya, Bank Rakyat, BSN, CIMB serta lain bank lagi juga
sedia ada di merata kawasan kampus. Kemudahan di sini yang menyeluruh dan
sistematik membuatkan aku jarang berperasaan bimbang dan sikap yang agak
tergesa-gesa walaupun destinasi yang agak jauh.
Pusat Kokurikulum Universiti yang bersebelahan dengan Markas
Palapes antara pusat yang penting bagi urusan kegiatan kokurikulum setiap
pelajar. Segala macam permasalahan berkaitan aktiviti kokurikulum, pertukaran
ko-k dan hal yang berkaitan kami akan rujuk di pusat ini. Selepas bidang
akademik yang diberi tumpuan yang penuh, aktiviti kokurikulum juga wajib untuk
setiap pelajar untuk menjadikan pelajar lebih aktif dalam bidang praktikal
luaran dan boleh mempraktikkannya ketika tamat pengajian nanti. Kegiatan ko-k
ini sangat membantu pelajar-pelajar untuk terus cemerlang dalam mengejar kecemerlangan
dan kejayaan diri masing-masing.
Baru-baru ini juga Universiti Utara Malaysia telah mengadakan
minggu konvokesyen yang julung kali diadakan untuk tahun 2011. Pesta
konvokesyen selama seminggu terus kencang dengan jemputan artis-artis tempatan
tanah air seperti Hujan, Ella, Bunkface, Dato M.Daud Kilau serta lain-lain.
Pesta konsert yang diadakan di sebelah malam mendapat sambutan yang maksimum
daripada segelintir pelajar-pelajar UUM. Pergaulan yang agak bebas antara
lelaki dan perempuan ketika konsert dengan aksi melonjak-lonjak dan
melompat-lompat
ditambah dengan status seorang pelajar universiti beragama islam menimbulkan
tanggapan negative bagi pengunjung luar
terutama ibubapa yang hadir untuk hari konvokesyen anak mereka. Aku kurang
setuju akan pengendalian pesta yang agak bebas dan kurang terkawal itu. Namun,
itulah pengurusan pihak atasan yang telah mengatur segalanya. Segala yang baik
aku kumpul dan ikut dan yang kurang elok itu akanku jadikan satu iktibar dan
pengajaran dalam diriku.
Apapun segala pengurusan yang dikendalikan pihak universiti tidak
pernah mengecewakan aku serta rakan-rakanku yang lain. Walaupun terkadang ada
susulan yang kurang puas hati tapi akhirnya selesai dengan mudah dan tanpa ada
sebarang kekusutan. Universiti Pengurusan Terkemuka itulah target untuk UUM
yang akan menjadi kenyataan. InsyaAllah. Universiti Utara Malaysia merupakan
universiti yang terus popular dan diangkat namanya dengan pergurusan terbaik
diantara universiti-universiti lain di Malaysia
Alhamdulillah, sehingga kini aku boleh mengendalikan pelbagai
urusan dengan sempurna tanpa cacat cela. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa.
Dengan keredhaan ibubapa serta dorongan rakan-rakan, aku mendapat aura sokongan
yang padu daripada mereka. Semoga aku dan rakan-rakan lain akan terus cemerlang
di sini, insyaAllah. Aku bangga menjadi pelajar Universiti Utara Malaysia.