Monday, August 20

Syawal Tahun Ini Untuk Aku...




Assalamualaikum.
Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Wa minal aidil wal faizin.


Alhamdulillah, tiada lagi kata yang mampu aku lunturkan. 
Hanya ucap sujud kepada pencipta. 
Mungkin Ramadhan tahun ini belum puas aku kecapi nikmatnya. Allah. 
Kenapa ia sentiasa berlegar-legar mengingatkan aku ketika 
tamatnya bulan indah itu. 
Mana lagi harusku samakan seperti beribadah pada seribu bulan. 
Harapan di pucuk rapi penuh kesungguhan.
 Ku harap aku bisa bertemu kembali bulan yang mentarbiah diri manusia, 
bulan yang di mana manusia berlumba-lumba 
membina dan menambah ketaqwaan, Maghfirah,
 bulan yang istimewa untuk hambanNya.


Taqabbalallahuminkum.

Kemenangan dirai pada syawal yang penuh dengan kesyukuran. 
Tahniah ke atas umat Muhammad. Mandi sunat hari raya, 
sebelum solat sunat di haruskan beralas perut dahulu.
 Cukuplah dengan sebiji buah kurma. 
Berbaju baru itu harus.

Ya, Syawal kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya. 
Kalau dahulu, aku sentiasa riang, tiada syahdu, 
serta gelak tawa yang sentiasa mengiringi. 
Namun kini, senda itu menjadi sendu. 
Tiada lagi nenek dan atuk belah ibu dan juga belah abah.
 Namun aku redha.
 Kini, aku sentiasa menantikan sebuah jawapan dari mulut abah 
dari setiap tahun ke tahun..
namun, hanya bisu yang melingkari titip bibirnya. 
Aku kesal tapi aku mengerti.
Ya Tuhan aku masih bersyukur.
Alhamdulillah.


Selesai tahlil, selesai bermaafan,
 selesai menziarah makam nenekanda,
 kali pertama air mataku tumpah melihat tanah kubur yang mendap itu.
 Rembesan nadiku menggeletar dan sering berlegar 
bagaimana jika aku yang berada di situ. 
Adakah sempat untukku bersujud lagi padaMU. 
Jarang yang menziarahi makamnya. Mungkin terlalu jauh. Aku sedih.
Saat kolam mata dan bibir yang berlaga untuk melempiaskan rasa,
 air itu tumpah dahulu.
 Kalah dengan bicara yang ingin dirungkai.

Ampunkan aku. Maafkan aku. Sungguh aku merayu.

Mungkin aku egois. Maafkan daku. Maafkan aku.
maafkan diri ini.



Dan yang berlalu pergi itu aku lepaskan dengan kerelaan hati 
walau penuh duri, sengketa nafsi.
 Yang aku kira aku manusia lalai. 
Kemaafan itu lebih baik dari kemarahan. 
Acap kali ucapan itu hanya hadir dalam nada bisikku sahaja. 
Sungguh aku ingin mengucapnya. 
hati yang menzahirkan tak perlu terungkai lagi. 
Allah itu maha mengetahui. 
Allah itu maha mengampuni.

Banyak masa dirumah. Dalam sebulan, aku banyak belajar dari emak. 
Mana lagi dan apa lagi yang harus dinafikan oleh pengorbanan seorang ibu? 
hati degilku berkias rapi. 
Aku mengerti dan aku ingin lagi mengerti.
 Mungkin hidupku ini terlalu indah? Mungkin terlalu rendah? 
Kerana mengejar sebuah darjat yang membawa kehidupan kekal abadi. 
Rendahnya pandangan saudara kepada kita?
 Kenapa peduli? Allah ada. 


Alhamdulillah.
walaupun tidak sesempurna insan lain aku punya kadar yang mencukupi.
cukuplah yang ada dan memadai.
mewah tidak lagi menjadi impianku.
tidak lagi menjadi sasaranku.
aku mula belajar berjimat cermat.
bolehkah aku? argh.
aku terima apa yang ada kini.
semoga diberkati dan diredhai.
insyaAllah.



aku menghulur hati ini agar dimaafkan segala sepi khilaf.
aku manusia Alpa.
aku manusia selalu lupa.


SYAWAL 1433.
hanya sebahagian.












Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin.
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.










Wednesday, August 8

kenapa degupan itu sama?




aku terduduk terlantar seketika apabila hendak menoleh ke arah itu...
seperti bayangan-banyangan itu melambai-lambai aku...
semakin aku amati semakin ia mendekati...
semakin aku mengecilkan pola mataku semakin ia bergegas pergi...

kenape?
diam-diam aku mengalihkan pandangan kembali...
dan bila aku toleh semula sangkaan aku bukan silap...
aku bingkas bangun...
tidak mahu melayan perasaan itu lagi...
menambah degupan lirikan hati ini...

aku keluar rumah sambil membawa sebakul baju yang baru di spin...
terikan mentari pagi menggesa aku untuk melekaskan jemuran kain itu...
selesai tugas aku mengambil tempat di hujung penjuru rumahku...
agak lapang di situ...
kerap kali aku di situ bagi meredakan terjahan dalam jiwa ini...

masihkah perlu untuk aku melepaskan?




dan semalam keliru itu hadir saat aku buntu..
perlukah aku menjadi begitu?
kenapa desakan itu juga membawa hati ini bercerita..
aku dilahirkan cukup sempurna, tiada cacat cela...
aku bangga menjadi diriku...
corak apapun itu aku yang akan terus mewarnainya....
not onyone else...

i will hold the brush that shaped my own story of life...
kenapa yang kurang itu selalu dihujahkan?
bukankah kita hanya hamba...